Lelaki dan wanita ternyata berbeza sikap. Justeru memang akan timbul masalah dalam mencari keserasian. Boleh juga timbul salah faham terutama dalam tindakan dan apa yang ada dalam fikiran masing-masing. Oleh itu cuba semak, tindakan lelaki di bawah ini dan apa yang wanita fikirkan tentangnya.
Memutuskan talian telefon waktu berbicara
Pandangan lelaki - Ia sesuatu yang biasa kerana orang lelaki biasanya tidak suka bercakap sesuatu yang remeh temeh. Bagi mereka, bercakap mestilah rasional berserta fakta.
Pandangan wanita - Anda seorang lelaki yang membosankan dan tidak bijak dari aspek komunikasi.
Apa harus anda lakukan
- Berbicaralah dengannya dari hati ke hati. Nyatakan kebenaran kerana komunikasi adalah faktor utama dalam mengeratkan sebuah perhubungan.
Sebenarnya tidak salah untuk seorang wanita berbicara tetapi katakan perkara yang penting sahaja dan bukan isu yang remeh temeh. Sesuatu yang harus anda fahami, lelaki dan wanita adalah makhluk yang berbeza. Wanita memang dilahirkan sebagai orang yang banyak bercakap kerana mereka sangat peka, lelaki pula sebaliknya tetapi itulah pelengkap kepada sebuah penghidupan.
Berhubung dengan bekas kekasih
Pandangan lelaki - Perkara sudah berlalu dan tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi. Malah anda juga mungkin menganggap wanita itu sebagai kawan biasa sahaja.
Pandangan wanita - Anda cuba berlaku curang kepadanya dengan menghubungi kekasih lama dan ia satu perbuatan yang sukar dimaafkan. Bagi mereka, anda harus bersikap jujur, memberi sepenuh tumpuan kepada dirinya dan tiada perkongsian. Sekali anda menghubungi bekas kekasih, itu memberi petanda anda bukan lelaki yang setia.
Apa harus anda lakukan
- Biar banyak mana pun memori anda dengan bekas kekasih ia bukan satu perkara yang perlu anda ingati lagi, sebaliknya beri tumpuan kepada pasangan anda sekarang. Mengenang nostalgia adalah saat manis bagi semua orang dan anda mungkin tidak terkecuali. Namun bila anda memilih si dia, usah menoleh ke belakang lagi. Pandang ke hadapan dan bina saat bahagia bersamanya.
Berbual dengan rakan wanita
Pandangan lelaki - Tiada salahnya, ia perkara biasa kerana anda memerlukan teman untuk berbual-bual. Perbualan anda juga mungkin tidak menjurus kepada perasaan kerana dia hanya sekadar kawan.
Pandangan wanita - Kawan atau apa saja tanggapan anda, ia tetap mendatangkan cemburu di hati wanita. Bagi mereka, mula-mula kawan tetapi akhirnya menjadi kekasih dan itulah yang kerap terjadi. Bagi wanita juga, lebih baik dicegah dari berlanjutan.
Apa harus anda lakukan
- Sesuatu yang harus difahami, wanita memang terkenal dengan sikap cemburu. Berkongsi pasangan adalah satu perkara atau perbuatan yang tidak boleh diterima akal fikiran wanita. Jadi berhati-hatilah kerana hati yang terluka susah untuk dirawat.
7 Gtau jek:
lelaki ngan pompuan ngan byk beza...
SUNGGUH,,,
lelaki tak suka remeh2...hanya wanita sukakan yang simbolik dan yang caring2..biasalah..kitakan sensatif...
sgt2 berbeza..lelaki more cool~
hye mama najla.. melawat sis d snii buat harini.. dh lama tak bw kn? so, berkesempatan dgn tak slh lah klu fifiey nk tinggal komen di laman sis yg baik hatii ini:))
p/s: lelaki dgn perempuan byk pro and contra nya.. jd tergantung kepada si perempuan bagaimana membentuk lelaki ke arah kebaikan.. wink wink*__*
ye byk sgt berbeza..xpe berbeza asalkan dpt mncari 1 punca untuk mengembirakan hati 2 belah pihak. berbeza x brmkna x ley bahagia.
itu la bezanya lelaki dengan pompuan..
itu menunjukkan lelaki dan perempuan memandang setiap perkara dari aspek berbeza. tapi perbezaan2 tu lah bila digabungkan membentuk kesempurnaan.
Post a Comment