Jatuh Pulak

Ni cerita minggu lepas
Jumaat kan cuti dengan rajinnya si emak bawak anak-anak sarapan kat bawah
Dah lepas makan main pulak
Tengah leka layan si onteng kinteng Najwaa, nampak Najlaa dh tergolek jatuh
Meleleh la air mata tu
Tangan najlaa pun nampak ketar
Dia kata sakit
Balik umah tu urutkan dengan minyak anugerah, 
bg makan ubat "brufen" untuk tahan sakit
Dari jumaat sabtu ahad najlaa kata rasa sakit tp xde la melalak meraung
So ahad lepas sekolah gi la hospital
Lepas x-ray doc paed soh rujuk ke ortopedic
Tapi masalahnya doc plak takde
So buat appointment hari isnin
Ni hah Dr Mary
Katanya ada sket la retak kat siku kiri tu
Bubuh la arm sling ni
Kat sekolah pakai la supaya kawan-kawan alert tangan tu sakit
Masih boleh menulis tp slow la
Almaklum kidal tangan yg sakit kiri lak tu
So far kat sekolah ok je
Kengkawan pun kata najlaa tolong bukak lunch box
Hehehehe bekal pun aku buat yg senang je mcm roti, nugget
Tu hah dia bebola biru
Najlaa jatuh dari bola biru tu le
Ni sebelum kejadian la
Harap xde pape la, sampai le hari aku menaip ni najlaa kata sakit lagi
Tatau la kot perasaan dia ke kan
Takpe minggu depan hari isnin ada follow up dengan doc


Brocolli Bites Snack

Salam jumaat yang penuh barakah
Hari ni coti
Jadinya rajinkan diri turun bawah bawak anak-anak bekpes
Yang senang je bento arini
donut frozen keluaran Felda pastu buat brocolli bites

Nak resepi tak? 
Muahahahaa sedap ni
Untuk anak yg tak suka sayur kompom suka makan ni

Bahan-bahan
-brokoli dicelur 
-sebiji telur
-keju parut
-blackpepper
-bread crumb

Caranya:
Gaul rata semua bahan
Sudukan patties atas baking paper
Bakar dalam oven 190'c selama 20 minit
Selepas 10min terbalik kan patties
Bakar hingga masak
Sedap dimakan begitu saja hhehehe
Nak cicah sos pun boleh



Makan-makan main-main
Janji korang hepi anak-anak
Lengkali bila papa offday kita ajak g piknik jauh sket

Bento Lunch Bag

Hollaaaaa
Takde idea nk up entri
Kebil-kebil nampak beg bento
Ok la boleh aje kan
Ni lunch bag ladybird...ladybug pun bulih
Murah je beli dalam carrefour 5 dirham x silap
Nampak tu bila nak snap dengan lunch bag kejung tangan haaa
Yang ni lak hello kitty
Si kucin ni comel je
Bekas pun memang terletak
Makanya takde la tipuware tonggang terbalik kan
Harga boleh tahan
54 dirham ke 64 dirham cenggitu la
Hmmm hilang ingatan sat

Beg bekal ni mmg siap container n botol
AED64
Ni satu-satunya beg bekal sandang
Ni le beg bekal pertama yg dibeli
Harga x sampai 40 dirham
Sekian







Main Masak-masak

Salam semua peminat
Eh!!! Hahahahaaa
Meh la stori pasal onteng-kinteng Najwaa lak
Asik kakak Najlaa je ada dalam ini cerita kan

Onteng-kinteng ni dah setahun enam bulan usianya
Dah pandai masak tau wink...
Segala senduk sudip adalah turun temurun dari kakak
Meh ke Dapur Najlaa
Setakat ni berani bagi tu je
Daponya kena simpan dulu
Najwaa jenis lasak takut lak jahanam
Najlaa jenis cermat menan zaman kecit masih cantik lagi
Beria haaa masak
Macam-macam lauk ada
Kihkihkih ni la salah satunya
Mama pun x berani dik nak makan


Hari-Hari Roti Pun Boleh

Kembali bersiaran
On off saja kan
Bekal Najlaa ke sekolah
Hari-hari mau roti
Tak jemu
Emak yang naik bosan mandang roti hahahaa
Bekal hari ni 4.3.2015 bunny sandwich 
Bear Sandwich ni kelmarin punya
Ini kucin kot ngehngeh
Kelmarin punya kelmarin hahhahaa
Kalau x sandwich mintak bawak beger
Hohohohho masih dalam kumpulan roti ni
Hello Kitty beef burger
Makan la nak oiii janji ada seleranya

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in