Homework Najlaa

Salam siaran
Lama dah tak berblogging
Kemain sibuk lagi hah
Sejak Najlaa bersekolah masa aku macam x berapa nak cukup
Hahahahhahaha over sangat ko Lela oiiii
Orang lain pun anak sekolah gak
Fuhhh tengah memotivasikan diri

Ni cerita minggu lepas
Bila homework bahasa arab
Fuhhhh lap peluh
Dah goole translate mak tak paham hahahaa
Itu la gunanya rakan FB & IG
Hehehehe i lap u MakBed 
Thanks untuk rakan-rakan FB/IG yg membantu

Tidak hanya terhenti di situ
Sekolah Najlaa ni ada online homework gak
Makanya mak dan apak kena la rajin online

Kalau subject english, maths, science ok la kan
Hah ni bila bab arab je lemah gemalai aku
Takpe la kakak kita belajar sama-sam yek
Mana mama tak tau nanti mama tanya cikgu online hehehee

Najlaa Ke Sekolah

3/9/2014 (rabu) hari pertama ke sekolah
International Jubilee Private School (IJPS)
Pepagi yg hening si adik yg bangun dulu dari kakak 
Hari tu masa g amik uniform admin dah gtau hari pertama makpak kena anto
Balik sekolah baru dengan bas
Beg Akademi Fantasia je senang nak tarik
Senyum tayang gigi rompong
Muka ada senyum dalam hati xde sapa yg tau
Adik pun sama join masuk kelas kakak
Mama soh dok depan senang sket nak fokus hehehehe kononnnn
Sebahagian kengkawan kelas
Masa ni dah ada gak indonesian yg merembes airmata
Saspen gak takut Najlaa join sekali
Seb baik ok je
Bila rasa macam dah ok aku gtau le mama papa nak balik
Nanti balik sekolah kakak naik bas no 3 tau
Angguk aje huhuhu
Bento #1
Bihun Singapore, Roti jem stoberi, buah anggur, susu coklat, air masak sebotol
Tadaaa 
1st day balik awal
Pukul 12 lebih bas ada call gtau dah otw
Bergegas le aku dengan najwaa ke bawah
Tunggu kat lobi je pasal bas lom sampai
Tapi jap-jap aku jenguk la ke luar kot ada bas kan
Bas lain ada le lalu tp bas no 3 xde ekekekee
Tetiba bas call dia kata dah kat Oryx Hotel 
(hotel ni dekat je dgn apartment kami)
Takde lak aku kata
Pastu nampak le ada bas dah terus aku pun cakap le kat mak arab ni 
kena belok kiri sepatutnya so bas pusing la jap 
Alah bukan jauh pun
Sekali bila bas sampai dah no 4
Aiks
Makanya esok kena naik no 4 le
Dah tuko bas
Hari ke-2(Khamis)
Menunggu dengan sabar dalam kepanasan wakakakaka
6.50 pagi dah terpacak kat bawah
Almaklum bas kata kul 7 pagi, tapi tamo la kelam kelibut kan turun le awal
Tapi apakan daya 7.15 pagi bas sampai
Najlaa dah soh teponkan bas huhuhu
Risau la kot
Akhirnya bas pun sampai
Bento #2
Roti telur & cheese, buah oren, cocktail drink
Hari ke-3(ahad)
Kali ni naik bas no 10
Turun bawah 6.35 pagi sambil lenggang kangkung turun lif ada la 5 minit
Sampai je bawah bas pun sampai 
Yang ni dah kekal rasanya
Route dah betul la dorang susun
Dengan beg AF, beg bento lagi
Muahahhahaa
Senang sumer sumbat dalam dalam satu beg je
Bento #3
Mini pizza, buah pear, crunchy oat Date & Fate, air masak, air kotak
Tunggu kakak balik sekolah sampai tertidor kat bawah
Tercopong hah mulut tu
Ibu Indonesia jiran atas gi kat bas amik bebudak ni
Najwaa lelap, Safiya anak jiran ni pun dah lelap gak kat stroller
Sekarang ni setiap hari akan dengar le cerita-cerita najlaa kat sekolah
huhuhu eksaited kemain dia

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in