Ibu Kita Dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat;


Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya tiada masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah rasa cukup duit, maksudnya kita tidak diberi keberkatan oleh Allah.


*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. So para ibu, jangan jatuh air mata anda yer. Dan para anak, jangan bagi ibu jatuhkan air matanya yer.


Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibu. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.



Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka :

  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinangan air mata

Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur;

  1. Anak
  2. Ibu
  3. Suami

Tips Selingan: kata ustaz, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengak laa muka bila dia tidur. Kalau masih timbul perasan kasih-sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada langsung rasa tu semua, maksudnya jodoh dah memang takde, boleh teruskan pergi mahkamah la.


Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya (tak menangis teruk la). Jadi, bagi siapa yang masih ada ibu, pandang laa ibu selalu. Dapat pahala tau.


Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.



Kalau ada niat yang baik, teruskan laa. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu). Kalau mampu tolong, tapi hanya pasang niat jer tu, tu lain cerita yer.

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik!



3 Gtau jek:

~ Lady ell ~ said...

betullah..3 org ni selalu buatkan hati kita sejuk bila tatap time tido.kalo rasa geram kat hubby tu bila tengok die time tido rasa nak peluk2 nk cium2 nak tuttttt...hahaha

lebih2 lg ank2 la..kalo nakal2 waktu die jaga tu selalu bikin kita naik hangen..tapi bila tido tu..alahai..kesiannye kan kene marah2..tetiba plak dtg rasa bersalah.

mommyYen said...

suka enrty ni darling..bab yg tatap muka..aduihhh...memang sayu gilerr...

Makbed said...

suka entry ni...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in