Mari Bersauna


Huhuhu siyes last aku bersauna 4 thn lepas
Masa nak kawin tu la
Pastu xde masa dh nak wat cenggitu
Kalau ade pun takat g wat facial aje
Tu pun masa zaman xde najlaa
Perut memboyot pun aku g gak wat facial
Tapi yang biasa2 aje la kan
Tengah ngandung xde la nak main karen2

Dan buat julung kalinya selepas 4 tahun
Aku berwap
Ekekekek ni Ija punya kerja la
Banyak kali dah dia bakar2 aku
Aku pun tergoda arr
Bagus ja ko beli mende alah ni
Ni bawak dari mesia yek
Ija jiran atas umah aku ni ritu balik mesia
Huhuhu dalam pantang dia bersauna la kat umah
Angkut lak bawak datang doha ni
Aku ni 1st customer dia ar ekekeke
Xyah bayaran pun

Ni yek rempah yg digunakan
Fungsi – Menyingkirkan toksik badan,Menyembuhkan Luka2 dalaman selepas bersalin, Mengurangkan Sinus/Resdung, Menyegarkan Badan, Menghaluskan kulit, menyingkirkan lemak
Kandungan :
14 herba akar kayu terpilih seperti serai wangi, Limau purut, limau kasturi, limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina, Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau, Dll.

Menitik2 peluh aku
Panas ooooo
Sambil duduk aku gelek tapak kaki kat kayu urut

*********************************************************************************

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.










12 Gtau jek:

Ena said...

wahhh..

senang la camtu kan!..

bersauna je lam umah.. :D

tigrismalaya said...

sy pon suka..
ada free sauna + stim kat gym..masa yg takde..
tapi pas sauna selalu sakit kepala, mungkin time tu tak cukup minum air agaknya kot..

Zaidah said...

bleh mencairkan lemak...bleh kurus nie klu bersauna

Citarasa Rinduan said...

wow.

sure semakin slim..
kak....bestnya..free pulak tu...

nak juga,,,

Mawar Merah said...

Wuhu...Nak g sauna jugk..tp hubby xbg.. apakah? xnak bini cntik agknye.. =(

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh itu banyak syok..

Lelord said...

@Enatu la xyah g saloon

Lelord said...

@tigrismalaya wah best arr free sauna kan. aah la sakit pala...huhuhu haus pastu kuo2 kelaparan

Lelord said...

@Zaidah tu la zai...lemak byk dh kumpul ni

Lelord said...

@Citarasa Rinduan hahha meh la ayu ke doha :)

Lelord said...

@Mawar Merah ekekekeke ni takmo jaga anak kot kalau g saloon, wat kat umah la

Lelord said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) btul2..manyak syok oooo

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in