Diet@Senaman Mana Satu Pilihan Anda?

Di antara gimnasium dengan kurangkan makanan, yang mana pilihan anda untuk mendapatkan hasil badan yang sihat, langsing dan menarik? Usah pening kepala, sebenarnya, dalam hal ini terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pola pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Namun, masih ramai wanita yang merasakan senaman adalah perkara yang cukup berat untuk dilakukan. Alasannya, tidak mempunyai masa atau mungkin anda malas untuk bersenam.

Sebab itulah, senaman bukan dianggap cara terbaik sehinggakan ramai pakar kesihatan lebih menyarankan untuk anda berdiet atau mengubah pola pemakanan. Jadi, bagaimanakah anda mengatasi masalah kesihatan sama ada diet atau senaman?

1. Menurunkan Berat Badan
Lebih Baik: DIET

- Menurut Timothy Church dari Pennington Biomedical Research Center, Louisiana State University mengatakan lebih mudah mengurangkan kalori daripada menghabiskan satu jam di gimnasium untuk membakar 500 kalori setiap hari.

- Penelitian lain juga telah membuktikan pengurangan kalori adalah jalan pintas untuk menjadi lebih langsing. Walau bagaimanapun, kombinasi diet dan senaman tetap penting untuk menjaga berat badan dengan lebih sihat.

2. Tingkatkan Tenaga
Lebih Baik: SENAMAN

- Menurut Patrick O’Connor, pakar psikologi di University Of Georgia mengatakan senaman atau olahraga akan menguatkan fikiran. Malah, kajian daripada 70 pelajar turut menyokong fakta bahawa mereka yang berlatih secara konsisten dan teratur akan mengalami peningkatan tenaga.

3. Kurang Risiko Penyakit Jantung
Lebih Baik: DIET

- Menurut William Harris, Pengarah Pusat Penelitian Kesihatan Kardiovaskular di University Of South Dakota mengatakan satu jenis gizi (Omega 3) dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

- Selain itu, Omega 3 yang terdapat dalam ikan dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 64%. Namun, senaman juga tetap membantu menguatkan sistem kardiovaskular.

4. Mencegah Diabetes
Lebih Baik: SENAMAN

- Berat badan yang ideal dan sihat dengan cara mengubah pola pemakanan dan bersenam adalah pertahanan yang kuat terhadap penyakit ini. Tidak dinafikan juga, aktiviti fizikal turut memainkan peranan kerana otot-otot yang sudah aktif akan menyerap glukosa dalam darah untuk dijadikan bahan bakar. Seterusnya, ia membantu menjaga kadar gula darah menjadi stabil.


5. Mencegah Kanser
Lebih Baik: DIET & SENAMAN

- Sentiasa menerapkan pola pemakanan yang cenderung kepada sayuran dan buah-buahan serta aktiviti fizikal yang teratur boleh mencegah daripada penyakit kanser. Malahan, banyak kajian membuktikan bahawa semakin konsisten anda melakukan senaman, semakin tinggi tahap keselamatan anda terhadap kanser.

sumber

11 Gtau jek:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

cik jue memang pilih diet...sebab tak mampu nak bersenam....

Lelord said...

@Cik Jue hmmm mamanajlaa x penah lagi cuba

Rohani Hashim said...

kalau hany kan lela, kena diet dan bersenam. setakat diet je, tak bersenam takkan turun berat hany...

Nia said...

adoi,..dua2 malas nak buat,..tak dapek la nak menolong..huhu

anakibu said...

klu kembar 3 "ayah" makan ikut dan...jogging jer...

Bee said...

maknanya bee kena diet jer lah..hihih

eB ezrin said...

eB nih bkn z aktif tapi dpt sakit jntg gaks camno? hu2

Zaidah said...

klu zai kena dua2 nie baru bleh kurus....

Marsha~ said...

aku pilih TIDO.. wakakakakaka

eija_sweetmama said...

sbnrnya sume penting..senaman, diet & rehat yg cukup...tp tu la w/pun dh tahu kptgnnya tp still susah nak komit dgn sume perkara tu..adeii..

larradanish said...

pilih kombinasi keduanya.bila larra berdiet disertai dgn bersenam.automatik menjadi lebih fokus.sbb akan rasa rugi makan tak henggat sebab dah bersusah payah bersenam.setakat ni kombinasi kedua2 nya adalah paling terbaik berdasar pengalaman.disamping boleh kuruskan badan..sekaligus menjaga kesihatan!setakat ni senaman ngan JILLIANMICHEAL adalah terbest..nampak dan rasa kesannya!

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in