Panduan Seimbangkan Rumah Tangga

Anda tentu teruja apabila dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak. Apatah lagi, jika dia merupakan ahli keluarga yang baru sahaja disambut kelahirannya. Namun, disebabkan tekanan hidup, anda terpaksa memberi keutamaan kepada kerjaya demi menstabilkan ekonomi keluarga.
Situasi sebegini menjadi cabaran buat anda untuk mencari masa yang berkualiti bersama si manja. Ikuti beberapa panduan kekeluargaan berikut yang mungkin dapat membantu menghindarkan rumah tangga anda daripada menjadi tidak keruan.

Katakan tidak!
Anda seharusnya belajar untuk berani melafazkan tidak kepada sesuatu perkara atau tugasan yang tidak penting. Sebaliknya berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting seperti bermain dengan anak-anak atau meluangkan masa berbincang dengan pasangan. (btul2)

Pentingkan kesihatan
Bagi sebuah rumah tangga, aspek kesihatan yang tidak terjaga mampu menyumbang kepada masalah yang lebih rumit. Oleh yang demikian, cari “kunci” untuk keluarkan keluarga anda daripada sebarang masalah berkaitan kesihatan. Misalnya, elakkan daripada menyediakan makanan yang tidak berkhasiat untuk seisi ahli keluarga. (sedang berusaha heheee)

Gila kerja
Jika anda terlalu gila bekerja, hentikan! Sebaliknya, berpada-padalah. Memang benar wang penting untuk membina keluarga. Apatah lagi jika anda adalah pasangan suami isteri yang masih muda. Namun, apa gunanya wang yang banyak jika masa bersama keluarga tidak diendahkan. Apakah anda mahu anak di rumah membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sempurna? Tentu sahaja ia akan menjejaskan masa depan mereka. (hmmm dulu mmg gila kerja tu pasal najlaa dok ngan nenek kat kg, mama kat kl,papa kat melaka)

Bersederhana
Hidup memang kompleks terutamanya bagi anda yang sedaya upaya memenuhi pelbagai permintaan dan keperluan dalam rumah tangga. Jangan begitu! Cubalah jalani kehidupan seharian dalam kadar yang sederhana. Tidak perlu berbelanja berlebihan. Cukup sekadar mengikut kemampuan. (tapi aku suke shopinggggg)

Mesra keluarga
Seelok-eloknya cari tempat kerja yang mengutamakan konsep mesra keluarga. Mungkin ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi kebaikan yang bakal diperoleh jika anda bekerja di syarikat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dapat dilihat pada keluarga anda sendiri. (skang ni sume kawan2 kat sini mesra kuarga)

Malam keluarga
Sebelum ini hari bersama keluarga diraikan beberapa kali dalam setahun dan tidak kurang juga ada yang hanya menunggu cuti panjang untuk berkumpul bersama keluarga. Apalah salahnya, mulai daripada saat ini, anda ciptakan malam keluarga dan laksanakannya pada hari yang dirasakan sesuai. (hehhehee mmg slalu hari kuarga)

sumber

Ni la gambo ms nak tinggalkan najlaa ngan nenek
Nampak semangat najlaa time ni...
Hehhehe aku cuti salin 3 bulan yek
2 bulan maternity leave
Pastu aku sambung lagi sebulan almaklum cuti aku byk....

2 Gtau jek:

~ Lady ell ~ said...

1 small happy fmly...:)
mekasih kongsi2...

Ena said...

teringin juga tapi tak menajdi lagi setakat nie.. huhu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in