14 herba akar kayu terpilih seperti serai wangi, Limau purut, limau kasturi, limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina, Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau, Dll.
Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.
Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Khasiat – kasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.
12 Gtau jek:
wahhh..
senang la camtu kan!..
bersauna je lam umah.. :D
sy pon suka..
ada free sauna + stim kat gym..masa yg takde..
tapi pas sauna selalu sakit kepala, mungkin time tu tak cukup minum air agaknya kot..
bleh mencairkan lemak...bleh kurus nie klu bersauna
wow.
sure semakin slim..
kak....bestnya..free pulak tu...
nak juga,,,
Wuhu...Nak g sauna jugk..tp hubby xbg.. apakah? xnak bini cntik agknye.. =(
wahh itu banyak syok..
@Enatu la xyah g saloon
@tigrismalaya wah best arr free sauna kan. aah la sakit pala...huhuhu haus pastu kuo2 kelaparan
@Zaidah tu la zai...lemak byk dh kumpul ni
@Citarasa Rinduan hahha meh la ayu ke doha :)
@Mawar Merah ekekekeke ni takmo jaga anak kot kalau g saloon, wat kat umah la
@Lydia Miza(Aidyl Azim) btul2..manyak syok oooo
Post a Comment