Menjadi Ayah Yang Terhebat

Menjadi ayah yang hebat tidak terhenti ketika anak baru lahir sahaja sebaliknya seorang lelaki mengambil tahu kursus keibubapaan bagi melengkapkan dan mempersiapkan diri menjadi orang tua.

Ini kerana tanpa ilmu yang betul, kita akan mengikut apa yang pernah diajar, dilihat dan sebagainya dari orang tua kita terdahulu tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya bukanlah yang terbaik.

Ilmu keibubapaan
Ayah sebenarnya harus berperanan membangunkan citra diri sang anak khususnya tentang bagaimana menjadi seorang lelaki sejati. Sebab itulah mengasuh jati diri anak tidak hanya terletak pada isteri sahaja sebaliknya suami juga harus bertanggungjawab.

Dalam meniti arus kemodenan ini, seorang suami harus memikirkan bukan saja tanggungjawab isteri mendidik anak sebaliknya mereka sendiri perlu terlibat dalam tugas tersebut. Untuk menjadi ayah yang baik memang bukan satu perkara mudah kerana anak sering memerhatikan apa yang dilakukan.

Menjadi ayah yang baik ialah menjadi pendengar yang setia. Biarkan anak bercerita tanpa had. Wujudkan juga pertemuan secara harmonis. Ia tidak memerlukan masa yang panjang tetapi paling penting adalah kualiti tersebut.

Ironisnya, ibu bapa yang sering meluahkan masa untuk anak-anak bercerita akan membesar menjadi anak-anak yang mendengar kata dan menghormati ibu bapanya. Anak akan membesar dalam suasana yang sangat positif dan akan menghindari perilaku negatif bagi menjaga air muka ibu bapanya.

Perlahan Tetapi Berkesan
Ibarat dua orang mendayung perahu dayung, perginya tidak laju seperti bot lumba sebaliknya keduanya mesti mendayung untuk sampai ke pengakhiran. Satu ketika, ayah mungkin mendayung lemah dan anak perlu memperkuatkan dayungan.

Mereka harus berkomunikasi dengan bijak bila melalui arus-arus yang deras agar selamat sampai. Begitu juga konsep komunikasi yang harus dipraktikkan oleh seorang ayah iaitu suka bermain, terus membesar, senang meniru, kreatif dan bukan seorang dewasa.

Hubungan lebih harmonis bila ayah mampu menangani setiap permasalahan yang timbul. Tahukah anda bahawa anak akan berasa lega jika melihat sang ayah begitu bersungguhsungguh mendengar tatkala mereka bercerita. Ia seperti kelegaan emosi.

Pakar psikologi dari Universiti Havard memberitahu seorang ayah yang efektif boleh terbentuk kepada tujuh perkara iaitu masa yang sihat, menyediakan keperluan fizikal dan mental,m menerimanya adanya perubahan, menanamkan nilai-nilai moral, menanamkan hal spiritual, mengadakan hal-hal yang menyenangkan dan membantu anak mengembangkan kemampuannya dengan seadanya.

Bagaimana membina hubungan mesra antara anak dan ayah? Banyak yang boleh dilakukan termasuklah bermain bersama, membantu anak membuat (dalam erti kata lain mengajar) anak melakukan kerja-kerja rumah dan meningkatkan kualiti dan kuantiti bersama anak-anak.

Jangan sesekali menggunakan kekasaran kerana ia akan membentuk jiwa anak yang keras. Berusahalah menjadi ayah yang hebat di mata anak-anak kerana sesungguhnya mereka adalah harta yang tak ternilai harganya. sumber

3 Gtau jek:

Yana Samsudin said...

tahniah kerana telah menjadi seorang bapa..
yana ada satu tips ringkas psikologi yg yana pernah belajar masa kat Uitm dulu.. dalam subjek Psikologi, lecture yana pernah cakap.. waktu umur kanak kanak berusia 1tahun hingga 3tahun adalah masa yg sangat kritikal. ramai sangkakan masa itu baby tak paham apa-apa, tapi sebaliknya.. dalam lingkungan umur ini, kanak kanak akan menyimpan segala memorinya termasuklah apa yg di dengarinya, melihat, menghidu dan merasa di dalam memori minda bawah sedar. perkara yg dipelajari masa ini yg sebenarnya akan mempengaruhi sifat-sifatnya ketika kanak-kanak itu dewasa nanti. contohnya suami isteri bergaduh, memukulnya, marah, senyum, ketawa, mengaji, menyanyi, berjalan, yang paling penting ialah melakukan hubungan badan tak kira lah apa perkara yg berlaku di depan kanak-kanak itu..
mungkin tips ini dapat membantu dalam membentuk anak-anak bila dewasa nanti.. dgn bijak memilih setiap tingkah laku kita dihadapan kanak-kanak.
semoga awak dapat mendidik anak yang soleh dan solehah.. Gud luck for u & wife..
tahniah sekali lagi, & kirim salam wife ya.. :)

Lelord said...

@Yana Samsudin thanks yana atas tips tu, semua keluarga menginginkan yg terbaik utk anak, tp kadang2 tak sedap ape yg dilakukan.

moga2 tips keibubapaan dapat membantu semua insyaallah

Bee said...

yana komen kat sini huuu......betul betul betul..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in