Jika Anak Sering Ditinggalkan

Dalam kesibukan bekerja, ibubapa sering meninggalkan anak baik pada penjagaan orang tua di kampung mahupun menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah mahupun pengasuh.

Semuanya kerana ibu bapa harus keluar bekerja mencari nafkah demi memenuhkan keperluan anak-anak.

Namun tanpa ibu bapa sedari bahawa tindakan tersebut sebenarnya mendatangkan kesan psikologi ke atas anak-anak khusus nya yang masih kecil. Mereka akan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa sendiri. Sedikit tip di bawah mungkin dapat membantu ibu bapa dalam menangani perkara ini.

Pastikan pengganti layak

Ketika ibu bapa keluar bekerja, ibu bapa harus menentu kan siapakah pengganti yang selayaknya menjaga anakanak. Ini kerana pengganti akan ber tindak sebagai orang yang dapat mengoptimumkan per kemba ngan anak. Sebaiknya balik dari kerja, ibu bapa harus bertanya bagaimana perkembangan dan pertum buhan anak dari penjaga.

Ganti masa yang hilang
Ibu bapa harus meluangkan banyak masa dengan anak bagi menggantikan masa yang hilang ketika keluar bekerja. Sedaya mungkin anda harus melakukannya demi memastikan perkembangan anak dapat diikuti dengan sebaiknya.

Bantuan jiran
Ibu bapa anda harus berperanan aktif berbaik dengan jiran tetangga bagi memastikan anak-anak masih di dalam kawalan jika anda keluar bekerja atau kerja luar daerah kerana mereka boleh menjadi mata dan telinga anda.

Anak miliki hargai diri tinggi lebih bahagia

Kita selalu mendengar tentang perkataan harga diri’ atau ‘kepercayaan diri’ tapi adakah kita memahami pentingnya sebuah harga diri bagi kehidupan anak kita di masa yang akan datang? Apakah dengan memiliki harga diri ini, mereka boleh berbahagia?

Dalam kehidupan, kita sering kali melihat orang-orang yang selalu merasa ‘kurang’ yakni kurang cantik, kurang kaya dan sebagainya sehingga mereka tidak merasa bahagia. Itulah gambaran orang-orang yang memiliki harga diri rendah sehingga mereka selalu memerlukan sokongan dan dorongan dari orang-orang sekitarnya supaya dia merasa lebih baik ke atas dirinya sendiri. Sedangkan orang dengan harga diri tinggi, dalam situasi yang sama akan belajar untuk menyelesaikan masalahnya selain berjuang untuk meningkatkan jati diri.

Orang yang memiliki harga diri, lazimnya cenderung menerima hal-hal baru dalam kehidupan mereka, lebih cepat menyelesaikan masalah jika berlaku krisis dan tidak takut mengambil risiko. Mereka biasanya tidak akan menghabiskan waktu untuk sebuah ketakutan sambil memikirkan masalah dari terus menerus.

Mereka cenderung lebih fleksibel dan memiliki keyakinan untuk mengambil tindakan dalam mengatasi masalah yang timbul. Dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang terjadi, dan mudah bersosial.

Dari sini dapat kita simpulkan, bahawa anak yang memiliki harga diri akan lebih bahagia, mudah beradaptasi, kreatif, lebih percaya diri dan kreatif. Sebagai orang tua tentunya kita mahukan anak membesar dengan memiliki harga diri.

Oleh itu sebagai ibu bapa yang prihatin, jangan pernah berhenti memberikan dorongan positif dan dorongan kepada anak kerana sikap anda sebagai orang tua merupakan faktor terpenting dalam mencipta rasa percaya diri dan harga diri anak. Perlakuan kita sebagai orang dewasa akan membawa pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak selanjutnya.

sumber


10 Gtau jek:

econpolics said...

itulah,,,

kalau bole nnt sy nak wife sy jd suri rumah,,,


heee

baincardin said...

Piala Suzuki AFF 2010 - The cup is ours! Yay!!!~ ^_^

Whitey Mommy said...

akk... info best... nak juga... share..:)

ch@ said...

betul tu, kita mmg harap nak jadi surirumah jaga anak, tapiii blm berkemampuan, bila cikOni balik dari rumah pengasuh, kita still jaga dia sepenuh masa. so far, dia masih kenal umi dia lagi :D

Lelord said...

@LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN ehhehehehe akak skanng dh benti kije jaga anak lallaala

Lelord said...

@baincardin tahniah tuk team malaysia

Lelord said...

@Whitey Mommy heheheh sila2

Lelord said...

@ch@insyaallah cha, tp ok la pasal cha dok sesama. akak dulu kat kl, darling melaka, najlaa mak jaga kat johor. tiap minggu balik tengok anak. lastly akak resign pas mintak trnsfer x dapat. alhamdulillah skang dh bersatu

anakibu said...

waaaaa......1 thn di perantauan...hujung jan 2011 baru balik malaysia..kembar 3 "ayah" kena banyak luangkan maser la lepas nie ngan anak2 kembar 3 dan danial..ibu pun cibuk kerja...sian

Lelord said...

@anakibu hehehheh jan 2011 just around the corner jek

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in