Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )
3 biji telur Gred A
300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
UNTUK KAREMEL:-
60 g gula pasir
125 ml air panas
Cara-cara
1.Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
2.Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila gula menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
3.Kacau adunan no 1, dgn whisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan whisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.


3 Gtau jek:
blh try ni klu rajin nnti..sesekali sedap gak mkn seri kaya homemade kan.....:)
tahniah!!!
@Mamamya tu arr sesekali layan best
nampak sedappppnyer..mesti sedap ni..
Post a Comment