Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.

Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.

Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutamaan dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk mengucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.

Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih setelah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .

Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.

Sumber


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

3 Gtau jek:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Urmmm... faham.. faham... hehe.. gtau jekk..

Nur Hawa Mohd Zin said...

patut la org tua selalu cakap..jgn ajar anak takot..hehe..tq kak

Unknown said...

info yg bagus ni...tp membentuk sahsiah diri anak2 mmg sgt mencabar kesabaran.....

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in