Melentur buluh : Pujian bentuk peribadi anak

Puji-pujian yang dinyatakan dengan kata-kata, pelukan dan sokongan dipercayai boleh menjadi kaedah yang paling berkesan dalam membentuk tingkah laku yang baik dan memotivasi anak untuk melakukan hal yang baik.

Bagi anak pujian itu penting kerana ia memberi penegasan apa yang dilakukan itu berkenan di hati anda. Ada dua jenis pujian iaitu : Pujian terhadap diri anak kerana anda sentiasa menyayanginya setiap saat. Anda memanggilnya “anak yang pandai”, “anak soleh”, “comel” dan sebagainya walau dalam apa pun situasi anak. Pujian yang diberikan terhadap sesuatu yang diakukan oleh anak iaitu
pujian yang diberikan kerana anak melakukan perkara yang baik. Ketika kita memperbetulkan kesilapan anak atau mengkritik fokus perhatian kita adalah pada kesalahan dan kekurangan anak dan apabila kita memuji penekanan adalah kelebihan atau hal positif yang dimiliki anak.

Menurut Michael Grose, parenting educator,dalam memberikan pujian ibu bapa harus fokus dalam hasil pencapaian akhir yang dilakukan anak dan pujilah dengan cara efektif. Hasil penyelidikan jangka panjang yang telah dilakukan di Britain menunjukkan ada hubungan positif di antara member pujian secaratepat dengan penghargaa diri anak yang tinggi.

Langkah penting sebelum memuji
Sebelum mengucapkan pujian sebaiknya anda melakukan langkah-langkah penting ini :

- Tumpukan perhatian pada anak dan situasi pujian itu hendak diberikan
- Senyum. Setiap orang termasuk anak senang melihat wajah yang ceria
- Dekati anak kerana pujian terasa lebih telus bila dilakukan dengan mendekati si anak.
- Lakukan ‘eye contact’ dengan anak, duduk atau merendahkan tubuh sama tinggi dengan anak.
- Sentuh lembut anak anda untuk menjalin komunikasi yang hangat
- Ganti pelukan dengan kata-kata yang baik jika anak tidak mahu dipeluk.

Pujian adalah untuk merangsang motivasi luaran. Tujuan mendisplin adalah untuk membangkitkan
motivasi dalam diri anak.Memberi pujian sebenarnya tidak semudah membuka mulut.

Cara memuji yang tepat untuk membangunkan motivasi dalaman diri si anak adalah :

1. Puji perilaku anak bukan si anak.

Pujian seperti ‘anak mama baik’ akan disalahertikan oleh anak. Bagi si anak pujian anak mama baik terasa berat kerana bila dia tidak berkelakuan baik, dia adalah anak yang jahat. Pujilah secara spesifik, contohnya “Hari ini adik bangun tidur tidak menangis, baik adik.” Pujian ini akan mendorong anak anda untuk mengulangi perilakunya. “Esok kalau bangun , jangan menangis ya, jangan menjerit –jerit memanggil mama ya”

Yang perlu ditekankan adalah mengarahkan pujian kita kepada sifat-sifat baik yang anak tampilkan seperti murah hati, tekun,jujur,rajin dan sebagainya. Kita perlu menghindarkan memuji anak terlalu banyak daripada segi fizikalnya atau segi apa yang dimilikinya dan bukan yang diusahakannya. Apa yang dimilki seseorang itu adalah pemberian yang harus diterima dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Tambahan pula fokus pujian terhadap sifat dan perilaku baik itu akan lebih membuat anak merasa mampu melakukannya dan mempertahankan apa yang telah dicapainya.

2. Puji anak dengan tulus .

Pujian hilang kekuatannya bila anda memuji untuk tingkah laku yang biasa. Contohnya anak boleh makan sendiri di usia empat tahun adalah wajar. Anda tidak harus bertepuk tangan di atas hal ini. Tetapi apabila anak anda bertanggung jawab di atas perbuatannya contohnyamengemaskan kotoran atau tumpahan air di atas lantai, anda boleh memujuknya dengan tulus. “Wah, baiknya anak mama rajin, boleh harap dan bertanggung jawab.”

3. Gunakan ukuran atau ‘standard’ yang nyata.

Contohnya “Kamu akan lebih padan pakai reben kuning itu daripada yang ungu kerana di baju ada warna kuning.” Bukannya:reben kuning akan membuat kamu lebih cantik, kalau pakai yang ungu juga nampak buruk. Akibatnya selamanya anak anda akan menghindari warna ungu kerana merasa tidak cantik dengan warna itu.


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

4 Gtau jek:

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe selalu puji anak2 buah :)

Unknown said...

bole dipraktikkan kat rumah ni

Lydia Miza said...

nice tips

Jue said...

sharing is caring...nice tips

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in