Harumannya bunga bukan sahaja menenangkan jiwa, malah menceriakan hari-hari anda. Kehadirannya di kediaman memberikan nilai yang tersendiri pada sebuah dekorasi. Namun, tanpa disedari bunga juga mempunyai nilai kesihatan. Ia bukan hanya meredakan stres tetapi juga kaya dengan pelbagai unsur yang baik untuk kesihatan. Berikut antara manfaat yang boleh didapati hasil daripada terapi bunga :
1. Bunga Mawar
Bunga mawar sering digunakan sebagai bahan di dalam minuman untuk mereka yang menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu dan masalah pada hati. Air mawar hasil daripada ekstrak bunga mawar juga mempunyai aroma yang boleh menenangkan hati. Penggunaannya di dalam mandian, ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran.
2. Bunga Tahi Ayam
Jangan tidak percaya, bunga yang dikatakan busuk baunya ini ada khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan digunakan sebagai ubat pencuci mata yang amat bagus. Bunga ini juga turut digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan goresan putih pada kulit kerana ia bersifat antiseptik.
3. Bunga Dandelion
Memang indah menikmati keindahan bunga berwarna putih ini. Bahagianya melihat ia berterbangan ditiup angin. Rahsianya, bunga ini sebenarnya dapat digunakan untuk mengubati anemia dan penyakit kuning serta boleh meneutralkan darah.
4. Bunga Kamomil
Kamomil atau teh bunga membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus, mengurangkan stres dan menyembuhkan kulit terbakar (kesan dedahan cahaya matahari) dan iritasi. Selain itu, boleh juga mengatasi sakit perut dan sakit otot.
5. Bunga Kekwa
Bunga kekwa berguna untuk menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus yang dihasilkan daripada bunga ini boleh dijadikan ubat untuk demam. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh anda.
6. Bunga Matahari
Warna kuning terang sering dikaitkan dengan matahari kerana kedua-duanya menceriakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, ekstrak bunga matahari sebenarnya boleh membantu meredakan sakit tekak.
8 Gtau jek:
salam...info menarik...awe suke bunga mawar,lily,kekwa..dan macam2 la...hihih
saya pun suka bunga...bunga mawar..kau mawarku shuap...juwita kalbu...dah start nynyi dah
jom baca
Usop Wilcha Semakin Mengganas
kalau perfume k.nor suka bunga jasmin@melur.. lembut jer :)
bunga taik ayam pon ada bagus nyer ek~ da lama x tgk kak~
bunga taik ayam pon ada bagus nyer ek~ da lama x tgk kak~
Loveeeee Roses...^_^
salam ziarah
me dh nak balik msia..:) lg 2 hari ajer ni :)
memang bunga ada banyak khasiatnya. kak yah ni sangat minat ngan bunga-bunga. saper2 yg sudi, silalah ke blog kak yah kat http://jomtanambunga.blogspot.com/. ada banyak info dan gambar2 bunga. peminat-peminat bunga pasti seronok. apa pun, syabas mama najlaa. post yg menarik!
Post a Comment