Concealer atau dikenali juga sebagai penyamar cela berfungsi untuk menutupi parut seperti jerawat, kulit tidak sekata dan sebagainya. Teksturnya seperti bedak asas tetapi agak pekat strukturnya.
Produk ini tersedia dalam bentuk krim seperti krim atau gel atau bentuk padat seperti lipstik atau pensel. Selain menutup bekas-bekas jerawat, kedutan, ia juga berfungsi untuk menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata. Malah ia, dapat membuatkan wajah kelihatan mulus tanpa cela. Kebiasaannya terdapat tiga warna yang hampir sama dengan kulit seseorang.
Pemilihan warna concealer ini sememangnya cukup penting bagi memberi kesempurnaan solekan. Paling ideal adalah satu tingkat lebih cerah dari warna kulit wajah anda. Ini kerana, jika menggunakan concealer dengan tingkat warna yang terlalu cerah, ia akan menonjolkan bahagian yang bermasalah.
Kaedah paling tepat mengaplikasikan concealer adalah selepas anda memakai pelembap supaya ia meresap dengan sempurna ke dalam kulit. Sapuan dengan menggunakan berus atau jari lebih praktikal. Ini memudahkan kita menekapkan pada kulit.
Setelah menyerap dengan baik ke bahagian kulit wajah, barulah diratakan dengan sapuan bedak asas.
Jenis concealer
Pensel atau stik
Bentuk pensel mudah untuk diaplikasikan dan sesuai bagi mereka yang memiliki kulit jenis normal atau kombinasi. Malah ia juga efektif bagi menyamarkan bekas-bekas cela yang tidak terlalu besar atau ketara. Ia boleh diratakan dengan menggunakan jari dan bedak asas yang sesuai digunakan adalah jenis cecair supaya hasil sapuan nampak lebih halus.
Kebiasaannya, liang-liang roma bagi kulit berminyak lebih besar dan menyebabkan sapuan concealer menjadi tidak sekata. Justeru, bagi menyeimbangkan hal tersebut, apa kata anda cuba concealer jenis padat yang mana teksturnya lebih lembut selain menyamarkan bekas-bekas cela mahupun jerawat.
Palet
Sekiranya anda mempunyai masalah bekas jerawat kemerahan, bintik-bintik hitam, pilihan concealer jenis palet sesuai. Tiga warna cukup untuk membuatkan warnanya halus sekata. Misalnya, warna kuning untuk menutupi tanda-tanda merah dan jerawat, warna oren kemerahan untuk menutupi lingkaran hitam di bawah mata dan warna beige untuk mencerahkan noda yang gelap sekali.
Solid
Bagi anda yang mempunyai jadual cukup padat, pastinya memerlukan concealer jenis solid dan tahan lama. Pilihan tekstur yang kalis air, tekstur ringan dan sapuan akan lebih ringan dan nampak semula jadi. Malah, concealer jenis ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar.
Berformulasi
Bagi anda yang memiliki wajah berjerawat, pilih concealer yang mempunyai formulasi seperti Tea Tree Oil dan vitamin E. Bahan ini bukan sahaja membantu mengeringkan jerawat, malah membantu menutupi rona merah disebabkan jerawat dan membuatkan kulit nampak mulus.
Krim
Concealer jenis krim amat sesuai untuk kulit kering. Ini kerana ia mudah diratakan selain dapat membantu menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Setelah itu, susuli dengan sapuan bedak tabur dengan warna yang sama supaya lapisan concealer bertahan lebih lama dan kelihatan merata dan barulah anda menyapu bedak kompak.
Agar wajah lebih berseri
Kenakan solekan
Menggunakan solekan pada wajah boleh membantu menyamarkan kekurangan. Jika anda biasa menggunakan bedak asas, hentikan pemakaiannya supaya kulit lebih segar dan lembap. Ini kerana, bedak menyerap cahaya sehingga menyebabkan rona kulit terlihat tidak bersinar.
Concealer
Jika malas menggunakan bedak asas, gunakan saja concealer di sekitar mata, hidung bagi menutupi bahagian kemerahan di dagu atau di antara kedua alis. Gunakan concealer jenis krim yang disapukan menggunakan berus. Aplikasikan tepat di bahagian bermasalah dan ratakan ia.
Pemerah pipi
Bagi mendapatkan kulit lebih bersinar, gunakan pemerah pipi jenis krim berbanding jenis serbuk. Pemerah pipi jenis serbuk cenderung menempel di atas kulit dan membuatnya terlihat tidak bersinar.
TIPS
• Sapukan concealer pada kulit yang sudah dikenakan pelembap.
• Gunakan hujung jari atau span lalu ratakan ia dengan lembut.
• Pilih concealer yang mengandungi vitamin A dan E kerana bahan ini turut membantu mengurangkan masalah garis-garis halus serta melindungi kulit dari kesan buruk radikal bebas.
• Jangan menggunakan gerakan melingkar atau menggosok ke kiri kanan kerana ia akan menghilangkan concealer dari bahagian yang anda mahu lindungi.
• Untuk bahagian mata, aplikasikan dari hujung dalam sehingga ke hujung luar bawah mata dan bahagian lingkaran hitam. Sebaiknya, gunakan concealer jenis cecair dengan pilihan warna satu ton lebih muda dari warna kulit wajah anda.
• Bagi bahagian hidung, sapukan pada kedua-dua sisi hidung dengan warna yang lebih gelap dari kulit kerana ia dapat membentuk shading. Concealer berbentuk airbrush dapat membantu menghasilkan lapisan yang halus dan maksimum pada hidung.
• Pada bahagian pipi, sapukan nipis concealer berbentuk krim. Hindari pemakaian concelaer jenis cecair yang bebas minyak kerana akan mudah menampakkan pipi berminyak.
• Bagi masalah noda hitam, ratakan concealer dengan span supaya kesan cela tertutup dengan sempurna. Pilih satu hingga dua ton warna concealer lebih gelap dari warna kulit. Concealer berbentuk stik dan krim paling sesuai untuk menutupi noda-noda hitam. Pilih concelaer jenis kalis air supaya tahan lebih lama.
P/S: X penah pun menggunakan concealer, pasal x pandai menggunakan pun, pasni leh cuba arrr
4 Gtau jek:
concealer = penyamar cela?
kelakar bunyi dia :-D
concealer ni kena pandai guna kan.. kalu tak nampak bertompok2. for me dieya prefer guna liquid foundation je, senang nak apply.
@dieya hehehhe akak lagi simple...pas guna pelembab pakai jek bedak...hahah x reti sgt nak pakai mende2 ni tp teringin. mekap2 pun masa kawin jek, skang pakai eyeliner jek huhuhu
hehhe..ecece.kalo mencari concealer ek..
ala try la yg biasa2 je dulu..da terel nnti pakai yg luar biasa sket~
mmg lawa pakai concealer..xde cacat cela ka konon2 nnti
hihihi... tak reti guna concealer.. ada bercapuk2 kang mukaku.. kih3
Post a Comment