BERTEKNOLOGI... sistem serapan berkesan memberikan perlindungan
maksimum kepada wanita.
TERKINI...rekaan terkini Kotex Luxe sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dan fesyen dalam kehidupan.
IA boleh dianggap tuala wanita tercantik di dunia dengan rangkaian enam corak yang sungguh menarik.
Rekaan terkini dengan corak berteknologi itu bukan saja menandakan permulaan era baru dalam penjagaan diri wanita, malah satu cara menampilkan identiti tersendiri.
Begitulah yang diketengahkan tuala wanita Kotex Luxe Ultrathin Design yang diyakini wanita seluruh dunia sebagai produk yang mampu mengawal kebocoran dan selesa.
Menurut Pengurus Pemasaran Kotex, Kimberly-Clark Malaysia, Haniza Tahir, sekian lama warna dan corak memainkan peranan utama dalam kehidupan wanita.
Malah, ia semakin penting apabila wanita melangkah ke alam dewasa dan mula menempatkan diri dalam masyarakat.
“Sejak dulu wanita sukakan keindahan serta kecantikan. Daripada mekap, fesyen dan cara hidup yang menjadi pilihan wanita.
“Apa yang dipakai sama ada warna dan corak menggambarkan keperibadian, personaliti dan emosi mereka.
“Daripada gincu yang digunakan sehingga kepada jenama kereta, warna dan corak adalah faktor terpenting untuk wanita muda berkerjaya.
“Tidak hairan jika pilihan untuk kecantikan itu diperluaskan �kepada keperluan keperibadian mereka. Kami yakin tuala wanita Kotex Luxe Ultrathin Design ini memberikan kreativiti dan menambah sentuhan kecergasan kepada sifat semula jadi untuk wanita,” katanya.
Ada enam corak (tiga corak dalam dua kumpulan) dengan setiap ciptaan dipengaruhi gaya fesyen terkini.
Menambahkan ciri kecantikan kepada tuala wanita ini adalah prestasi teknologi Micro
Semua ini saling berfungsi untuk memberikan perlindungan kering dan selesa terhadap kulit serta memberikan rasa seksi dan bergaya.
Tuala wanita Kotex Luxe Ultrathin Design boleh didapati dalam beg poli bertali guna semula unik yang diisikan bungkusan berasingan dengan tema corak yang sama.
Tuala wanita Kotex Luxe Ultrathin Design baru berada di pasaran pada 1 November lalu di semua cawangan Guardian, Giant, Tesco, Jusco dan Watson pada harga RM4.90 untuk enam pek (tiga corak).
Kotex Luxe Fusion Day (23 sentimeter) dan Kotex Luxe Fusion Night (32 sentimeter) yang diperbaharui didapati pada harga RM15.90 untuk pek 20 dan 14.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baru Kotex, boleh melayari laman sesawang www.kotex.com.my.
5 Gtau jek:
owh.. leuaran baru rupanya.. patut la lain...
aku dah berpaling tadah.. pakai libresse lagik best
hahah sama la juga aku dah pakai librese
a'ah memang cantik pun heheh tapi tak dapat r menery
ekekekeke aku ni kat sini pakai "ALWAYS"=kotex, libresse aka NANA kat middle east ni...ooo cenggitu aku nak try gak le NANA
Post a Comment