Cara Tangani Kulit Bermasalah

Tidak semua bernasib baik dikurniakan kulit wajah yang cantik, licin dan sempurna. Ramai yang berhadapan dengan kulit bermasalah hingga kadang-kadang menyebabkan hilang rasa keyakinan diri. Namun setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Bagai mereka yang memiliki kulit seperti ini tidaklah perlu bimbang kerana ia mampu ditangani jika kena dengan caranya.

Kulit berjerawat
Berlaku disebabkan oleh liang-liang roma tersumbat oleh kotoran serta bakteria. Selain itu, pengeluaran minyak yang berlebihan juga boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat. Ini sering berlaku pada mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.

Untuk mencegah jerawat, cuci bahagian yang berpotensi timbul jerawat dua kali sehari. Selain itu, bersihkan mekap dengan sempurna setiap hari. Pilih pencuci wajah yang bebas minyak. Ia bukan sahaja membersihkan wajah, malah turut membantu membuang mekap serta kotoran yang melekat pada wajah sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat.

Gunakan solekan dari bahan berasaskan air serta tidak mengandungi banyak bahan berminyak. Selain itu, pilihan pakaian juga mempengaruhi, sebaiknya pilih pakaian dari jenis fabrik yang menyerap peluh dan nyaman bagi menghindari berlakunya jerawat pada bahagian dada mahupun punggung.

Kulit kering dan bersisik
Antara punca yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin A, pengaruh cuaca yang bertukar-tukar secara ekstrem, pengambilan ubat tertentu dalam jangka masa yang lama serta pola hidup yang tidak sihat. Apabila kulit mengalami masalah kekeringan, ia memberi impak kepada wajah yang kelihatan tua.

Oleh itu sebaiknya gunakan pelembap yang mengandungi AHA, Vitamin C dan E. Sapukan minimum dua kali sehari terutama selepas mencuci wajah atau mandi. Mandilah menggunakan air sejuk berbanding air panas. Terlalu lama mandi menggunakan air panas akan menyebabkan kulit mudah kering dan berlaku iritasi.

Hindari berada terlalu lama dalam ruang yang berhawa dingin atau anda boleh mengatur suhu penyaman udara supaya tidak terlalu sejuk. Sesekali, lakukan urutan pada kulit wajah dan tubuh dengan menggunakan minyak zaitun dengan memberi penekanan pada titik-titik akupresur. Selain untuk merangsang pengeluaran kelenjar minyak ia juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

Kulit sensitif
Kulit sebegini mudah memberi reaksi terhadap produk tertentu seperti bahan kimia, cuaca panas atau keadaan sekeliling. Merawat kulit jenis sensitif tidak boleh sembarangan kerana tidak semua produk sesuai dengan kulit jenis ini. Jika tersilap memilih produk rawatan boleh menyebabkan kulit mengalami masalah seperti berjerawat, kemerahan, iritasi sekali gus merosakkan penampilan seseorang.

Justeru, anda perlu bijak memilih produk rawatan wajah. Pilih produk yang mengandungi herba semula jadi seperti chammomile dan aloe vera yang berfungsi untuk antiiritasi. Bersihkan mekap dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sabun.

Hindari memilih penyegar wajah yang mengandungi alkohol kerana ia sangat reaktif terhadap kulit jenis ini. Pilih krim pelindung matahari yang mengandungi titanium dioksida untuk membantu mencegah iritasi pada kulit wajah akibat terdedah pada sinaran matahari.

Jika kulit mengalami masalah atau iritasi, gunakan air dan pembersih mekap berbentuk tisu. Hindari menggunakan air sejuk atau air suam kerana suhu ekstrem dapat mempercepatkan iritasi pada kulit. Sebaiknya, gunakan air pada suhu normal.

Kulit kendur
Proses kehamilan, bersalin, diet ketat, pembedahan mahupun penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan kulit mengalami masalah kekenduran. Justeru, beberapa kaedah yang boleh dilakukan termasuklah memakai serum anti-kedutan, diikuti dengan krim siang dan krim pelindung matahari SPF 15 atau 20.

Manakala untuk malam hari, gunakan krim malam yang mengandungi antipenuaan. Lakukan rutin ini setiap hari bagi mendapatkan kulit yang segar sekali gus menghindari proses penuaan berlaku lebih cepat. Olahraga juga penting supaya kulit tidak mudah mengendur.

Air adalah sahabat kulit kendur. Selain minum 8 gelas air putih sehari, mencuci wajah menggunakan ais antara kaedah atau rawatan anti - penuaan semula jadi.

Cantik di hati :
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.


Sumber

5 Gtau jek:

Unknown said...

kulit aku ni x sekata lah...camana nak buat ek... ??? huhuhuhu...sodih betul lah....

Cik Bulat said...

setuju yang last...:D

mrs jamal said...

ini kalu untuk muka kendur..kalu untuk badan kendur camana lak?

ngeh..ngeh...

----ni msti cik lelord tgh tido lg kan..kan

dieya said...

baru je cakap ngan cu manis adiknya k lieya itu pasal jerawat2 ni. k lelord pun buka topik jerawat juga ;-)

anyway, just wanna share, dulu dieya ada acne problem yg sangat serious tak tipu.. haa.. kalau sudi u can read it here:

http://ronaldieya.blogspot.com/2009/06/pimples-breakouts-acne.html

Kauthar said...

wahhh..info berguna di hari jumaat..thanks lelord!

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in