Jika ditanya mana- mana wanita, pasti tiada yang ingin kelihatan tua biarpun sudah berkahwin dan memiliki anak. Sebab itulah pelbagai produk serta rawatan kecantikan diwujudkan bagi memenuhi permintaan wanita yang ingin tampil cantik dan awet muda.
Selain kulit wajah dan tubuh, rambut juga tidak kurang pentingnya. Rambut sihat dan indah dapat dimiliki dengan perawatan yang betul. Pun begitu, merawat dan menjaga rambut agar tetap indah tidak hanya dengan rajin bersyampu atau menggunakan perapi semata-mata. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah dari segi pemakanan. Setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada apa yang kita makan. Jika makanan yang diambil tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut pun akan rosak.
Selain pemakanan, penggunaan peralatan untuk rambut juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, sebelum mencuci rambut, sikatlah rambut bagi menghilangkan kekusutan dan kekotoran. Penggunaan sikat yang lembut membantu mengurangkan kerosakan pada rambut. Namun, jangan terlalu lama menyikat rambut kerana ia akan menyebabkan rambut mudah rosak. Menyikat dengan teknik menunduk juga dapat merosakkan rambut. Ini kerana teknik tersebut akan menyebabkan rambut menyimpul dan susah untuk diuraikan.
Selain menitikberatkan soal penjagaan rambut, pengetahuan mengenai jenis rambut dan masalah yang dihadapi juga antara kaedah terbaik yang boleh membantu memelihara keindahan rambut. Sebagai contoh, rambut mengembang berlaku disebabkan oleh udara yang panas dan lembap. Justeru, bagi menjaga rambut supaya sentiasa dalam keadaan lembap harus dititikberatkan.
Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus, ketika mengeringkan rambut, halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.
12 Gtau jek:
ok...pasni kena lebih gigih jaga rambut:)
kena jaga rambut ni walaupun pakai tudung...kan kat rumah suami nk tengok...
tips yg bgus ni :)
kakak ofis awe dia ada masalah rambut gugur pas bersalin :)
@azila tu arr akak pun nk gigih gak ni...lebih2 lagi dgn usaha menghindarkan kelumumur
@LindaRahim hehehe tu la kan, jom semua
@coffeepinkee huhuhu sharing is caring
@Nur Hawa Mohd Zin hehehehe akak dulu pun pas salin byk gak rambut gugur
Tip penjagaan yg baik.. Terima kasih tau kak :)
Kena amalkan nieh :)
rambut kita memg sangat cepat berminyak.. kena syampoo 2 hari sekali.. uhu..
rambut aku ni asyik gugur je lah...dah mcm2 petua aku buat tp gini jugak lah.....masalah hormon kot....
tak leh la tak basuh rambut hari2..rasa berlengas..lagipun skg kan musim panas, kepala tu rasa macam ada 3 botol minyak kalau tak basuh tiap2 hari, tips yang lain2 tu sy suka..
Post a Comment