7 Khalimah Yang Sukar Diterima Suami

Memandangkan sudah lama hidup bersama maka ramai isteri merasakan mereka bebas mengucapkan apa jua kalimat untuk suami. Pada pandangan mereka, suami boleh menerima semua yang diluahkan sama ada yang elok atau sebaliknya.

Sebaiknya hentikan pemikiran sedemikian. Jika tidak, maka terjadilah kata pepatah orang tua kerana mulut badan binasa. Semua ini ada kaitan dengan perihal ego lelaki. Lelaki sebenarnya cukup sensitif jika perkataan negatif tentang diri mereka itu didengar daripada pasangannya sendiri.

Mungkin bagi sebahagian isteri hal-hal yang diungkap pada suami itu remeh-temeh namun jika tidak kena gaya ia boleh memberi kesan yang besar dalam perhubungan. Tak mustahil suami akan merajuk atau berkecil hati. Sebagai contoh anda tiba-tiba ringan mulut pada satu pagi menegur tentang belahan rambut suami yang berlainan dan pada pandangan mata anda tidak elok.

Bagi anda ia perkara kecil tapi buat seorang lelaki yang sememangnya prihatin tentang citra diri mereka, ia boleh membuatnya rasa tersinggung. Sukar untuk seorang lelaki menerima apabila isteri memberi komen yang tidak menyenangkan tentang penampilannya.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi isu atau perkara yang tidak disukai oleh suami bila diucapkan oleh pasangan mereka. Para isteri di luar sana, semak beberapa ayat yang sukar diterima oleh suami anda biarpun anda merasakan ia tiada apa-apa.

1. ‘Abang ni kurus sangat’ atau ‘Abang gemuk sangatlah’
Sebagai wanita, anda sudah tentu kecil hati bila dikata sedemikian oleh suami meskipun itu memang hakikatnya. Begitu jua dengan suami anda. Sebagaimana yang diperkatakan tadi lelaki memang sensitif jika ada yang berkomentar tentang bentuk tubuhnya.

Walau ia perkara yang benar sekali pun dan anda bimbang akan kesihatan suami tapi anda perlu bijak menyatakannya. Sebagai contoh hidangkan makanan diet untuk suami, sekiranya suami bertanya maka katakan anda prihatin tentang kesihatannya dan tidak mahu dia menghidap sebarang penyakit. Itu lebih lembut malah memberi petanda bahawa anda sebagai isteri amat menyayangi dirinya.

2. ''Kenapalah awak tak macam suami kawan saya’
Lelaki sangat benci jika diri mereka dibandingkan dengan lelaki lain, apalagi jika perbandingan itu keluar dari mulut pasangannya. Ia akan ‘melukai’ egonya. Namun, kebanyakan isteri cenderung melakukan kesalahan ini tanpa menyedarinya.

Ayat sebegini akan membekas di hatinya. Ia menggambarkan anda sebagai pasangan seolah-olah kecewa dengan dirinya dan dia sebagai suami tidak mampu memuaskan hati pasangan.

3. ‘Abang punya baju hari ni kelakarlah!’
Sekali lagi diingatkan jangan memberi komentar negatif tentang cara seseorang lelaki berpakaian. Tidak hanya ia akan mengganggu perasaannya tapi juga membuat seseorang lelaki itu kurang keyakinan diri. Sudah tentu anda tidak mahu suami berperasaan sedemikian. Memang, tidak salah jika anda ingin memberinya tip agar suami lebih bergaya tapi cara menyampaikannya perlu lebih ‘diplomatik.’ Misalnya, anda boleh mengutarakannya dengan menggunakan ayat begini, ‘Abang, saya rasa kalau abang pakai baju ini lebih sesuai’ atau pun ‘ Baju warna yang saya pilih ni mesti buat abang nampak lebih cerah.’

4. ‘Kamu membosankan!”
Walau hanya mengatakannya sekali saja pada suami tapi ayat ini akan bermain-main di fi kirannya boleh jadi sampai bila-bila. Dia akan cuba mencari di mana salah dan silapnya dan ini akan mengganggu hatinya.

Meskipun anda mungkin meng u capkannya dengan nada ingin bergurau tapi suami pula menganggapnya sebagai satu penghinaan. Betapa dirinya dilihat gagal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasangannya. Ini satu yang serius.

5. ‘Saya sibuk, saya tiada masa nak bercakap sekarang’
Jika ini yang anda ucapkan pada suami bermakna anda telah menolak ke tepi rasa hormat pada pasangan anda. Ucapan ini tidak harus anda ucapkan pada suami sungguh pun pada ketika itu anda memang benar-benar sibuk dan kesuntukan masa.

Perasaan suami amat perlu dijaga. Biar pun pada anda suami seorang yang cukup memahami tapi kata-kata ini boleh menghiris kalbunya dan membuatkan dirinya terasa kecil. Betapa dirinya dengan mudah ditolak ke tepi pada satu-satu masa.

6. ‘Awak ni pandai ke tidak bawa kereta?’
Selain penampilan satu lagi aspek tentang lelaki yang boleh membuatkan mereka lekas tersentap ialah apabila seseorang wanita mempertikaikan caranya memandu. Kebanyakan lelaki percaya bahawa mereka punya kemahiran memandu yang lebih berbanding wanita.

Jadi bila anda sebagai isteri apatah lagi tidak tahu memandu meluahkan kompelin tentang cara pemanduannya tentu saja akan membuatkan suami sakit hati. Oleh itu lebih elok jika anda diam saja di tempat penumpang kecualilah jika anda melihat suami memandu dalam keadaan yang berbahaya dan cuai.

7. ‘Kawan abang tu segak betullah!’
Kalau anda kurang senang mendengar suami memuji kecantikan wanita lain, perkara yang sama dirasai oleh suami tatkala mulut anda menyebut tentang ketampanan dan kegagahan lelaki lain.

Suami akan berasa sedikit kesal apabila isteri membanggakan lelaki lain walhal sepatutnya pujian itu menjadi miliknya. Lebih-lebih lagi jika anda menyatakannya di hadapan dirinya yang ketika itu sedang bersama rakan-rakan lain. Tidak mustahil anda akan dianggap ‘memalukan’ dirinya.

Jika betul anda kagum dengan rupa paras rakan pasangan nyatakanlah dalam kalangan rakan anda saja atau lebih baik simpan saja dalam benak anda. Seharusnya anda membanggakan suami sendiri dan bukan lelaki lain.

sumber


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

8 Gtau jek:

puanbee said...

memang semua nih baik jgn cakap langsung ..tercabar dia..

http://puanbee.com

Marsha~ said...

aku selalu ckp ni sume kat laki aku tp gurau2 lah.. rasanye mesti dia kecik ati kan.... huhu

Yan said...

bab perut boroi tu adela,.. tp yg len2 x pnh..

Makbed said...

aku saku gak guna pendekatan no.3 tu. tapikan, slamber je lagi aku jawab... "BIAR LA!"

hahaha.. pehtu aku biarkan je la. hehe.

KuNanGKuNanG said...

alamak! sy slalu cakap kat bakal tunang yang badan dia dah brisi ckit..agak2 dia marah ke ye? tp di wat slumber je bila sy ckp cam2..

Ibu Darwisy said...

heehhe..lau hubby saye die mmg jenis terus terang..saye jenis makan dalam..

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe bila cakap kat en hubby yang dia tak gemok dia tak caya..lepas cakap jujur dia majuk..heheheh

Rohani Hashim said...

yang no2 tu, membandingkan memang laaa haiii tak suka kan. kita perempuan pun tak suka...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in