Dari Dapur Lelord....Ape??

Hehehehe ni sumer gara2 aku terbakor tgk brownies yg Mamamya tag kat fb
Semalam plan nak buat tp darling lak ajak kuo
So arini nekad le buat
Hahahhaa seb bek jadi

Aku amik resepi kat blog KakNor
KakNor punya Marble Cheese Brownies cantik je lorekan tu
Halusssss
Tak caya g skodeng
Aku punya lorekan kemain kasar
Terbeso lak muncung plastik aku gunting
Tak kesah la janji leh makan


Hah citer pasal brownies ni kan dulu aku penah arr nak buat
Time tu konon nak serperaiss darling ms besday dia
Huuuuu sampai kul 1 aku berjaga
Dah bakar baru pasan x masuk susu cair
Plak tu ms nak putar cheese mixer wat hal
Handwisk aje cam nak patah tgn
Hahhahaha Is aka Mamamya ko igt x kisah brownies aku


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

12 Gtau jek:

Nora Shahaira said...

huaaa...tergoda aaa...tp tak daya nak buat..baby tgh ngengada..payah..

cantiklah tu lorekannya..kalau nora buat..mau mcm lorek bju askar kot..

Lelord said...

@Nora Shahaira ekekkeke cam baju askor ye...lom cuba lom tau

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak lela...hantar kat malaysia...nak buat buka pose :)

mummy_ayu said...

wah....rajinnya baking....nampak best jer tu...nak ckt..

Lelord said...

@Nur Hawa Mohd Zin sampai mesia berkecai huhu

Lelord said...

@mummy_ayu takde la rajin mana pun, alhamdulillah sedap ni, nak ke nah seketul

Izan Ishak said...

tak kisah lah tang lorekan tu. yg penting sedaaapppp!

Myra Jay said...

Sedapnyer kak.. :) Xpenah makan lg brownies kek nie.. Nak try buat gakler bila dah sihat nanti :)

Myra Jay said...

Sedapnyer kak.. :) Xpenah makan lg brownies kek nie.. Nak try buat gakler bila dah sihat nanti :)

Lelord said...

@Izan Ishak hehehe yg penting sedap kan

Lelord said...

@Myra Jay buat la maira...g skodeng blog kak nor amik resepi, step by step gambo ada kat blog Rinchan

Unknown said...

sori beb aku lambat smpi...berukband ni slow ya! ampun.....

aku dah kata...ko gerenti blh buat punya...aku pun lorek aritu sesuka hati jer janji ada corak..hehehehe

ada lagik x nih????

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in