Ramai wanita percaya untuk cantik mereka perlu bersolek, berdandan dan mengenakan pakaian yang cantik. Tapi sebenarnya tanpa semua ini anda tetap mampu kelihatan menawan di mata yang memandang. Malah berbekal wajah yang polos tanpa riasan anda akan tampak cantik jika tahu caranya. Ini adalah tip yang perlu anda ketahui:-
Pembersih wajah yang sesuai
Kulit wajah yang terdedah pada persekitaran akan menyebabkan kuman atau bakteria mudah membiak akibat debu dan pencemaran tanpa kita sedari. Kotoran yang melekat pada wajah akan menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan sebagainya. Selain itu, solekan juga boleh menyebabkan kulit bermasalah sekiranya tidak dibersihkan. Pastikan anda membersihkan solekan setelah lama mengenakannya. Jangan biarkan solekan melekat lebih lama pada kulit wajah.
Cara paling baik untuk membersihkan wajah adalah dengan terlebih dahulu menggunakan pembersih wajah jenis susu diikuti dengan pencuci khusus untuk wajah anda. Sebaiknya elak membasuh wajah dengan air suam kerana ia akan menyebabkan kelembapan wajah menurun. Gunakanlah air biasa saja.
Busana cerah
Jika saban hari anda asyik mengenakan baju berwarna neutral atau kedam, tiada salahnya sesekali menambah percikan warna yang lebih cerah. Warna merah boleh membantu mengembalikan rona segar semula jadi di pipi. Manakala pilihan rona biru atau hijau bagi yang berkulit putih, dapat menyerikan wajahnya.
Air yang mencukupi
Kulit kering membuat penampilan wajah kelihatan lebih tua. Kembalikan wajah muda anda dengan menggunakan pelembap siang hari yang mengandungi antioksida dan vitamin C.
Bahan-bahan tersebut membantu kulit kekal segar dan elastik. Selain itu, waktu yang paling efektif untuk menyapu pelembap adalah ketika ia dalam keadaan lembap terutama selepas anda mencuci wajah.
Bulu mata lentik
Penyepit bulu mata boleh membantu membuat mata terlihat lebih ''hidup'' dengan mudah dan cepat. Hasilnya, mata akan nampak dramatis, terutama jika anda memiliki bulu mata lurus dan panjang. Tapi, jangan sembarangan menggunakan penyepit bulu mata. Sebelum melakukannya, pastikan bulu mata berada dalam keadaan bersih, kering dan belum disapu dengan maskara. Sepit bulu mata bahagian atas secara berhati-hati dengan penyepit berdekatan hujung bulu mata. Tahan selama 10 saat dan ulangi langkah berkenaan jika perlu.
Krim malam
Rawatan ekstra pada malam hari boleh membantu memberikan manfaat lebih bagi kulit. Sapukan krim malam pada wajah untuk membantu melambatkan proses penuaan.
4 Gtau jek:
Petua yang sgt2 berguna ni...
nak cantik...heheh
@Cik Ila meh kita amalkan sesama
@Nur Hawa Mohd Zin hahahha akak pun nak gak cantik :)
Post a Comment