Fasa penurunan berat selalunya berlangsung selama dua minggu di mana dalam tempoh ini anda akan menyaksikan penurunan berat yang ketara. Setelah tempoh ini, penurunan berat akan berlaku secara lebih perlahan atau tidak sama sekali. Apabila ia berlaku, anda harus menukar pelan diet anda agar berat itu kekal atau anda mampu merangsang lebih penurunan lagi. Nur akan senaraikan anda dua strategi bagi menghadapi fasa penurunan dan langkah terbaik menghadapi fasa untuk mengekalkan berat anda atau fasa ‘up days’.
Strategi Hadapi Fasa ‘Penurunan’
Cuba hadkan pengambilan makanan kepada maksimum 1800 kalori sehari.
1. Tempoh permulaan diet sememangnya tempoh yang sukar. Dalam tempoh ini, minumlah hidangan susu kotak yang berprotein tinggi untuk membantu anda mengatasi rasa lapar anda. Selain memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, ia juga membantu membekalkan anda vitamin dan mineral yang lain.
2. Apabila gerak hati menginginkan makanan, jangan terus mendapatkannya sebaliknya berhenti seketika. Rasa lapar dalam tempoh berdiet ini akan hadir setiap dua atau tiga jam sekali dan biasanya akan kekal selama 15 hingga 20 minit. Justeru, cuba lepasi tempoh masa kritikal tersebut. Anda pasti akan terbiasa nanti!
3. Minum minuman yang kurang atau tiada kalori langsung seperti teh hitam atau hijau atau kopi ‘o’. Namun harus diingat bahawa kopi sememangnya mampu membantu memberikan rasa kenyang lebih lama tetapi terlalu banyak kaffein juga akan memburukkan kesihatan anda. Ini kerana kaffein akan mempertingkatkan kadar gula dalam darah.
4. Perkara paling sukar diatasi adalah rasa lapar yang menjelma di waktu malam. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalahdengan berada bersama teman atau keluarga tersayang di waktu ini. Menurut kajian Dr.Jane Blouin, Pakar Psikologi Hospital Kanada, rasa ingin mengunyah ini biasanya hadir di antara jam 8 hingga 10 malam. Ini kerana di waktu ini tubuh dan minda biasanya menginginkan rehat. Saat santai ini sering mengundang rasa lapar malah sering berlaku di kalangan wanita rasa letih yang hadir membuatkan mereka ingin makan untuk mendapatkan kembali tenaga. Jadi, alihkanmasa luang bersendirian kepada melakukan sesuatu yang berbentuk ringan dan menenangkan.
5. Cuba hadkan waktu mengunjungi pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai restoran untuk memikat nafsu anda. Displinkan diri anda hinggalah anda yakin mampu mengatasinya!
6 Gtau jek:
tips yg bagus..tq..
nice...nnt pas bersalin br miza amalkan...
heheh...awe kan kak..ada satu masa akan makan jerk..ada ada masa lain akan tak makan langsung...tapi alhamdulillah awe turun dah berat badan..heheh
GOOD INFO
AKU NI MMG XMKN MLM
TP KLW AMRUL ADA..
HANCUS HAHA
KENA TEMAN DIA MAKAN GAK
susahnyaaa nk start diet semula..selepas beberapa lama men sumbat je makanan lam pewot ni...huhuhhu
tips bagus ni...
baru rancang nak diet cuti ni.hehe
Perodua Myvi 2011 Menggunakan Enjin 1.5L Bakal Dilancarkan (GambarMenarik)
Post a Comment