Perkara Mudah Namun Membahagiakan Pasangan

Sebagai suami yang bertanggungjawab, kebanyakannya lelaki sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan pasangan. Ada yang sanggup menyabung nyawa malah mengeluarkan belanja yang besar untuk membahagiakan isteri. Namun begitu ada kalanya perkara yang cukup mudah dilakukan juga sebenarnya memberi kegembiraan yang lebih bermakna. Antaranya seperti berikut:

1. Jangan Cari Masalah
Jangan juga cari masalah yang boleh membuatkan perhubungan anda bermasalah. Namun kita sering kali terlupa dan terlena dengan setiap tindak tanduk mereka. Justeru itu, jika anda inginkan kebahagiaan, jangan sesekali mencari masalah atau selesaikannya secepat mungkin jika timbul masalah.

2. Hubungan Seks Berterusan
Ia sebenarnya mampu membuatkan hubungan anda lebih baik dan menggembirakan biasanya lelaki sangat gembira. Satu kajian di luar negara yang dilakukan ke atas 16,000 orang mendapati dari melakukan hubungan seks sebulan sekali kepada seminggu sekali, hidup mereka lebih bahagia. Semasa hubungan seks, hormon endorfin akan merembes keluar sekali gus memberikan kebahagiaan.

3. Keluar Bersantai
Dalam usia yang semakin meningkat, jangan sesekali anda duduk memerap di rumah sahaja. Ini akan membuatkan anda berasa bosan dengan kehidupan. Apa kata, bawa pasangan keluar dan nikmati cahaya mata hari kerana ia bukan saja baik untuk tubuh tetapi juga terapi anda. Keluarlah bersantai menikmati pemandangan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan anda akan mendapati ia memberi kelainan dalam hubungan.

4. Menerima Seadanya
Bergaduh, bertengkar dan sebagainya akan membuatkan anda tertekan. Bagi membolehkan anda bahagia dan pasangan gembira, maafkanlah setiap perbuatan, bersedia menerima apa juga kelebihan dan kekurangan serta sebagainya. Insya-Allah, anda akan bahagia.

5. Beri Privasi
Ada kalanya pasangan memerlukan ruang privasi mereka tersendiri. Tidak semua perkara memerlukan pandangan dan pendapat anda. Ia sama seperti tidur, ada masanya anda perlukan tidur yang sangat nyenyak (maksudnya tidak diganggu oleh pasangan yang mahukan hubungan seks), jadi hormatilah diri pasangan, baru anda akan peroleh bahagia itu.

6. Hobi Baru Setiap Tiga Bulan
Hobi adalah satu perkara yang boleh mendatangkan semangat dalam hubungan. Lebih menarik lagi jika anda mampu merancangnya bersama pasangan. Melalui hobi, anda boleh menemui kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti baru sekali gus membuatkan hubungan anda bertambah erat. Rancanglah aktiviti baru setiap tiga bulan. Insya-Allah, ia mampu membuatkan hubungan anda lebih intim.

7. Rancanglah Aktiviti
Jangan sesekali membuat perancangan saat akhir kerana kita tidak tahu apa rancangan pasangan kita. Bila sudah merancang lebih awal, anda dapat membuat banyak perkara. Percayalah, anda akan lebih gembira dengan apa yang anda buat.

8. Bercuti
Inilah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan terutama bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kala bila menyebut soal bercuti, mereka akan terbayangkan kos yang sangat mahal, belum masuk hotelnya, kos makan dan sebagainya namun sebagai lelaki yang bijaksana dalam mentadbir keluarga, anda perlu merancang segalanya dengan teliti agar pasangan berasa bahagia.

9. Rancang Apa Yang Anda Ingin Makan
Makanan ibarat vitamin bagi tubuh, kalau terlebih makan ia akan membawa kemudaratan tetapi kalau kurang makan, anda boleh dijangkiti penyakit. Sebaik-baiknya, rancanglah bersama pasangan apa yang anda ingin makan, kalau boleh biar anda bersama-sama melakukannya agar pasangan tidak berasa dirinya seperti orang gaji di rumah. Percayalah, ia akan lebih membuatkan hubungan anda bertambah erat jika anda merancang segalanya dengan pasangan.


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

2 Gtau jek:

Bionic women said...

Paling suka no 9..hahahha..
sebab selalunya kami berdua blank nak makan aper..hehe

Unknown said...

waaa info best ni hehehe

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in