Tatau Nak Boh Tajuk Apa

Salam semua...

Baru lepas packing daging camel, xde la banyak sgt bawak pun, huhuhu takut sangkut kat airport. Balik ni cuma bawak daging unta, madu, kacang pistachio, badam, ngan kurma. Tapi skang bukan musim kurma, makanya kurma xde la meriah sgt. Huhuhu cam dulu ms balik raya meriah ngan kurma. Tak caya meh tengok SINI, SINI & SINI


Nak share ngan korang tentang khasiat makanan dalam islam


Daging (lahm)

daging

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Tamar kering (tamr)

tamarNabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan’.

Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Madu lebah(a’sal)

maduasli

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.’

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a’das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.



Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

18 Gtau jek:

MamaYatie said...

oohh..nak balik m'sia yer..bila tur?semoga selamat tiba sini

ilanilyana said...

bile smpi msia? lagu baru ek kat sini. lalala

Bee said...

boh lah tajuk makanan mengikut syariat.

eheksss....

Unknown said...

semoaga selamat sampai ke m'sia....

Ted said...

hope selamat sampai malaysia ye.

suka jugak madu, sehari secolek jari makan.

Lelord said...

@MamaYatie baik mlm ni kakyatie

Lelord said...

@il ya na smpai ari ahad..huhuhu soh paklong sambut ngan kompang tau

Lelord said...

@puanbee ekekkke smlm cam nak boh "khasiat makanan mengikut islam

Lelord said...

@Mamamya tengs is, x sabo nak tgk firas a.k.a komando junior

Lelord said...

@Tedmacehhh ted

Unknown said...

wah.. org dlm mood hepi balik mesia...

kakyong suka kekacang.. lebih2 lagi nak raya cina ni.. kacang menglembu tu harus di cari...

Unknown said...

waa akak da nak balik yer

Azian Elias said...

Sukanya lamb..

Anonymous said...

suka makan madu bila batuk...:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Selamat Pulang, ni pulang terus ke pulang bercuti?

Note: teringin lak nak rasa daging camel...

Zasillah Ariffin said...

semoga selamat semuanya. amin.

Hafidzah Hafidz said...

papa fiza tak leh mkn daging unta, nanti kaki bengkak..de darah tinggi..wuu wuuu..fiza suka info akak nih >.<

~ Lady ell ~ said...

kak lela...betul..kata dokter daging kambing sebenarnya yg paling baik..walaupun ada org kata daging kambing darah naik la..pening la...semua tu psychology jer..

daging kambing boleh buatkan darah kita panas then cair tk beku n mengalir dgn baik.sistem dalaman pun bagus...

ceaaa gitu ler kata dokter.

mknn2 lain tu semestinya diakui.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in