Showing posts with label Makanan Berkhasiat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Berkhasiat. Show all posts

Tatau Nak Boh Tajuk Apa

Salam semua...

Baru lepas packing daging camel, xde la banyak sgt bawak pun, huhuhu takut sangkut kat airport. Balik ni cuma bawak daging unta, madu, kacang pistachio, badam, ngan kurma. Tapi skang bukan musim kurma, makanya kurma xde la meriah sgt. Huhuhu cam dulu ms balik raya meriah ngan kurma. Tak caya meh tengok SINI, SINI & SINI


Nak share ngan korang tentang khasiat makanan dalam islam


Daging (lahm)

daging

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Tamar kering (tamr)

tamarNabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan’.

Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Madu lebah(a’sal)

maduasli

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.’

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a’das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.



Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

5 Rahsia Makanan Berkhasiat Tingkatkan Kualiti Hidup


Siapa-siapa yang sayangkan dirinya sendiri, ahli keluarganya aku saranan agar kawan-kawan amalkanlah 5 rahsia ini untuk kekal sihat sepanjang hari. Selamat membaca


Blueberry


Tahukah anda buah Blueberry ini memiliki serat yang tinggi didalamnya di samping mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah dalam tubuh badan manusia.


Bubur gandum/Oatmel
Sebaiknya anda bolehlah menjadikannya sebagai makanan menu harian anda. Ini kerana makanan oatmel merupakan sumber ‘essential‘ GLA makanan yang terbaik kedua di dunia. Tahukah anda makanan itu juga mempunyai serat serta protein yang amat diperlukan tubuh kita.


Kobis


Disamping itu memakan makanan kobis juga mampu untuk mengelakkan seorang itu dari terkena sel -sel barah. Ini kerana zat yang terkandung di dalam kobis tersebut mengandungi zat ‘fitokimia‘ dimana ia boleh mengelakkan sel barah berlaku secara drastik.



Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung


Sayuran yang berdau hijau seperti ini kaya dengan sifat antioksidanya.



Ikan sardin


Ikan sardin adalah makanan pilihan hampir semua golongan usia. Namun begitu tahukah ikan sardin ini memiliki unsurnya ‘hygienist’ sebegini yang sebenarnya kaya dengan kandungan omega 3 di mana jika kita makan ia mampu untuk menyihatkan jantung anda :).


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in