Salam Ramadhan Dari Doha #1

Hai..hai...hai..
Baru ada masa nak hapdet
Alhamdulillah berpuasa di hari pertama berjalan dengan lancar
Pagi tadi selepas bersahur dan solat subuh terus zzzzzzzzzzz
Hehehehee

Bangun tido melepek jap
Malasnya la nak buat kije umah
Nak BW pun malas
Dugaan berpuasa hampir 15 jam
Najlaa lak mintak macam2 makanan huhuhu

Menu aku berbuka puasa seperti dalam list yg dah dibuat
Hahahahha ntah leh bertahan ke tak menu list tu
Kadang lain yg dirancang lain jadinya

Huhuhuhu di bulan puasa yg mulia ini
Kerapu Bersos Asam Jawa aku kurang rasa sket
Seb baik ada lagi baki sambal kicap goreng pisang masa sahur tu

Kangkung belacan ni sedap wakakakaa

Puding ni saja je tak bubuh isi koktel banyak-banyak
Karang dah aku longgokkan koktel tak nampak lak
bentuk bunga kat puding tu
Hahhahaha pas snap pic baru leh boh koktel

Sahur ni nak makan kuew tiow kerang
Lalalalalalaaa

Ni resepi ikan amik kat blog Kak Ummi Kuantan
KERAPU BERSOS ASAM JAWA
Sumber: 
Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Kerapu
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...

4 Gtau jek:

Mamamya said...

aku kat sini payah nak jumpa kerapu (kot2 aku yg x kenal ikan kerapu..ekekekekkkk) t'ingin juga nak merasa....buat 3 rasa pun sedap kan...

puding cocktail tu ada gak dlm menu aku.... ;) btl lah lord...menu ni aku buat utk buat guide masa belanja basah or klu aku buntu nak masak apa...sbb kdg2 di saat2 akhir menu tu b'tukar juga....

mamalieyna said...

salam ramadhan n selamat berpuasa..

amboi bestnye menu, pagi2 dh terliur ni..hu~

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah bukan main orang doha bersahur..terangkat...

IntaNBerliaN said...

arghhh entry ni lagi sedap makanan... adusss...

nak amik resepi ikan kerapu la.. hihii nampak macam senang..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in