Bertemu kembali
Ramadhan ke-7 di lalui dengan indah
Sambil-sambil menghitung hari
Hooyehhh x sabar nak balik Mesia
Apa menu korang arini?
Aku seperti biasa akan meniru resepi2 org
Walaupun dah buat list..lain dirancang lain yg di masak
Almaklum cepat terpengaruh
Ni gara-gara kazen aku dok tayang2 menu kat FB ngan blog
Makanya inilah hasilnya
Tadaaaaaaaaaaaa
Nasi Kari Ayam...mmg sedap la weiii
Masa masak ni baunya kemain sedap
Dah makan mmg la sedap...tak tipu siyes mmg sedap
Nasi Kari Ayam tidak keseorangan yek...lawannya adalah Air Asam Ika
Memang mantap la air asam ni rasa cam nak sruppp aje
Pastu boh salad perah sket limau nipis...wallahhhhh
NASI KARI AYAM
Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah (i followwww)
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)...ni tak follow
garam
Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..
Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.

AIR ASAM
Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam
Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat
Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.
Huhuhu ni tapaukan utk darling
Buatkan skali apam balik
Buatkan skali apam balik
Buka pose kat tpt kije
So aku makan kat umah ditemani dak kenit
5 Gtau jek:
sedapnya..tadi berbuka dengan megi. hehe..
MOHD NASER.com
@NasZhehehhe megi pun sodappp
sedap tu.. ptg2 cmni tgk alahai..huhu..
alamak..x leh jadik...mmg kene buat jugak... dah t'liur dah ni....
hahahahahaha... sedapkan lod... air asam tu pon sedap kan3... terror ko wat apam balik lor, cayalah.... ;)
Post a Comment