Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts

Buka Puasa di Sheikh Zayed Grand Mosque

Salam dari Si Perantau
Lamanya menyepi dari dunia blogger
Alahhh picisan aje pun kan muahahha
Hari ni merajinkan diri mencoret dengan tujuan mengabdikan kenangan
Bila darling cakap jom berbuka puasa kat masjid terus rasa teruja
Lebih-lebih lagi bila tengok youtube 
persiapan makanan untuk lebih 30,000 orang untuk berbuka puasa setiap hari
Anak-anak, kami hanya beritahu kita buka kat luar aje
Hehehe saja nak tengok reaksi diorang
Jam 6 petang kami bertolak dari rumah, 
masa lalu di kawasan masjid Najwaa dah cakap 
"later we'll go here ok"
Mama aahkan aje la hihihi
Nampak ramai orang parking di kawasan perumahan berhampiran jadi kami follow je
Hanya lintas jalan je sampai ke masjid
Anak-anak dah bersorak
Mulanya kami ingat nak duduk di kawasan rumput je 
memang ada disediakan tempat dan dibentang ala-ala kain saprah
Kami disambut staf bertugas dah ditunjukkan untuk ke khemah famili
Keterujaan terserlah di muka Najwaa
Najlaa teruja gak tapi agak cool berbanding Najwaa heheheh
Begini la keadaan dan susun atur di dalam khemah
Tuan tanah kena la ada gak dalam ni
Ni la "Iftar Box" setiap orang dapat
Air je sampai 4 jenis
Portion memang banyak tak habis pun makan
2 kotak kami bawa balik dan bagi pada security
Nasi Beriyani kambing, vegetable salona, buah epal dan dan kurma
Tengok ni besar lauknya
Susun atur di dalam khemah
Banyak khemah yang disediakan untuk menampung kira-kira 30,000 orang
Di bahagian luar pun ada disediakan ruang makan
Korang boleh tengok video ni untuk lebih detail
Penyediaan menu makanan untuk berbuka puasa setiap hari
Memerlukan kira-kira 350 chef, 160 pelayan, dan lebih 450 kakitangan sokongan


Salam Ramadhan Dari Doha #1

Hai..hai...hai..
Baru ada masa nak hapdet
Alhamdulillah berpuasa di hari pertama berjalan dengan lancar
Pagi tadi selepas bersahur dan solat subuh terus zzzzzzzzzzz
Hehehehee

Bangun tido melepek jap
Malasnya la nak buat kije umah
Nak BW pun malas
Dugaan berpuasa hampir 15 jam
Najlaa lak mintak macam2 makanan huhuhu

Menu aku berbuka puasa seperti dalam list yg dah dibuat
Hahahahha ntah leh bertahan ke tak menu list tu
Kadang lain yg dirancang lain jadinya

Huhuhuhu di bulan puasa yg mulia ini
Kerapu Bersos Asam Jawa aku kurang rasa sket
Seb baik ada lagi baki sambal kicap goreng pisang masa sahur tu

Kangkung belacan ni sedap wakakakaa

Puding ni saja je tak bubuh isi koktel banyak-banyak
Karang dah aku longgokkan koktel tak nampak lak
bentuk bunga kat puding tu
Hahhahaha pas snap pic baru leh boh koktel

Sahur ni nak makan kuew tiow kerang
Lalalalalalaaa

Ni resepi ikan amik kat blog Kak Ummi Kuantan
KERAPU BERSOS ASAM JAWA
Sumber: 
Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Kerapu
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...

Alahai....Udang lagi


Hahahahaha
Nampak kan tajuk tu...
Udang lagi ok
Darling tersayang kata mau "Butter Prawn"
Ekekekeke katanya sedapppp
Walaupun cam goreng udang ngan telur hancur
Muahahahaha

X kesahh la untuk kekanda...
Adinda sanggup buatkan
Adoyaiii aku ni sebeno2nya xleh makan udang
Dulu kala mmg xde pape jadi
Tapi dlm 4 tahun lepas la mende ni jadi
Bukan selalu la kena..tapi kadang2 jadi
Makan udang nanti muka bengkak especially kat idung, bibir ngan jari
Kemain cekci bicir tebal oooo

So slalunya kalau agak2 nak pekena seafood kat Serkam
Aku standby pil alahan..heheheh
Tapi kan sejak dok Doha ni alhamdulillah x penah lak kena

Arini menu kami Butter Prawn hehehhee
Sotong goreng tepung ngan kangkung belacan




Lauk Terakhir

Wakakakkaka
Kemain lagi tajuk
Memang arr kena boh lauk terakhir
Dah tu jek lauk yang tinggal dalam esbok aku

Makanya sok kena la kuo membeli-belah

Tadi bile dah jengah-jenguk yang ade cuma udang ntah bape ekor x kira
Daging ade lagi sket
Dan kerana dah takde idea nak masak mende
Akhirnya buat aje la nasik goreng daging
Huhuhu sama jek cam nak wat nasik goreng kampung tu
Aku tumbuk je cili api, bawang, ikan bilis sket
Goreng daging jap, pastu masuk la segala bahan tumbuk tu
Masuk kan garam sket, kicap sket, sos tiram sket, carrot, last skali nasi
Rasanya??? tadi masa masak mana la tau
Kan aku pose
Tapi masa makan buka tadi sedappp
hahahahaha
Siyes cakap mmg sedap
Aku makan bertambah
Darling kompom la tambah, tengok size la hehehhe

Pastukan udang tu aku cuba nak wat butter prawn
Eekekeke x jadik lak nak wat cam sarang yg bartali2 tu
Jadi cam telur hancur...hancussss
Tapi darling kata sedap
Mau x sedap...
Butter dah cair masuk bawang putih, cili api, daun kari lagi
Pehhhh harum seyhhh
Xpe lenkali aku cuba wat smpai bertali

Ni aje juadah kami masa buka tadi
Ade gak tembikai n jus buah



Macam-macam Ada...


Alhamdulillah dah kenyang...
Arini cam biasa darling kije malam
So tadi bukak pose main telan aje
Maghrib dah awal sket 6.05pm
Pas azan berkumandang minum air g solat dulu
Muahahaa coverall oren dh pakai siap2 arr
Pastu baru makan dengan kelam-kabut
Hehhehehee cian darling....
Maklum la bas dtg amik 6.30pm
Seperti biasa menapau makanan la tuk sahur
Tak lalu katanya nak makan lauk kat cafe
Arini ni kami buka pose ngan daging, sotong, kentang & bilis
Buah lak tembikai
Air jus epal



Tayangan Perdana


Huhuhuhu
Bukan ape pun...
Ni hah tayangan perdana bukak pose
Arini makan sensorang lagi
Aku wat laksa penang

Ni lak popia goreng
Al-maklum le aku kan dah ade taugeh hasil tanaman sendiri
Mcm2 isi popia aku ni...
Selain taugeh, udang kering, aku boh sekali oriental mix vege
Beli jek kat carrefour
Bukan nak puji diri sendiri sedapp ni
Lalallalalala...
Rencah udang kering mmg la sedap kan

Air lak oren Tang...
Dulu2 aku slalu minum Tang tapi tatau la ade lagi ke skang kat Mesia
Aku jumpe lak kat Doha..air Fanta pun ade kat sini
Mesia dah xde kot

Hah yang ni benornya lauk buka semalam
Lambat publish hehehhe

Sekian Terima Kasih
Muahahhhaa


Iftar a.k.a Berbuka Puasa


Korang kat mesia tanah airku mesti dh tak sabau nak berbuka pose kan?

Ape menu rini?

Tatkala N3 ni bersiaran aku masih dok pikir ape juadah nanti

Local time 1.43pm kat mesia lak 6.43pm

Selamat berbuka puasa semua


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in