Showing posts with label kerapu asam jawa. Show all posts
Showing posts with label kerapu asam jawa. Show all posts

Salam Ramadhan Dari Doha #1

Hai..hai...hai..
Baru ada masa nak hapdet
Alhamdulillah berpuasa di hari pertama berjalan dengan lancar
Pagi tadi selepas bersahur dan solat subuh terus zzzzzzzzzzz
Hehehehee

Bangun tido melepek jap
Malasnya la nak buat kije umah
Nak BW pun malas
Dugaan berpuasa hampir 15 jam
Najlaa lak mintak macam2 makanan huhuhu

Menu aku berbuka puasa seperti dalam list yg dah dibuat
Hahahahha ntah leh bertahan ke tak menu list tu
Kadang lain yg dirancang lain jadinya

Huhuhuhu di bulan puasa yg mulia ini
Kerapu Bersos Asam Jawa aku kurang rasa sket
Seb baik ada lagi baki sambal kicap goreng pisang masa sahur tu

Kangkung belacan ni sedap wakakakaa

Puding ni saja je tak bubuh isi koktel banyak-banyak
Karang dah aku longgokkan koktel tak nampak lak
bentuk bunga kat puding tu
Hahhahaha pas snap pic baru leh boh koktel

Sahur ni nak makan kuew tiow kerang
Lalalalalalaaa

Ni resepi ikan amik kat blog Kak Ummi Kuantan
KERAPU BERSOS ASAM JAWA
Sumber: 
Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Kerapu
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...

Mood Ke Laut Daaaa

Aduhaiii mood ke laut
Nak BW pun rasa malas
Mahap la yek...sesapa yg singgah ke blog picisan aku ni
Nanti aku ronda2 blog korang
Enhanced by Smiley Central
Tapi mood makan aku tetap berjalan lancar
Siang tadi cuma wat sambal tumis udang & goreng pekasam
Aku jek yg makan darling kije
Dak kenit punya sup sudaaa

Menu malam Kerapu Bersos Asam Jawa
Hehehehe amik resepi kat umah KakUmmi
KakUmmi guna siakap tp aku guna kerapu
Ohh mabelesss sungguh rasanya
Pedas, masam, manis




Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in