Khairul Fahmi Dalam Mingguan Wanita

Vavavavavvavaaa

Dasat la wei...makin fofular KFCM ni

Masuk dalam Mingguan Wanita lak ni

Ni aku baru jek tengok lagi skali match Mesia ngan Indon


Makin Popular Khairul Fahmi Tak Anggap Diri Selebriti

FENOMENA TSUFAHMI SEDANG MELANDA NEGARA. SEMUANYA BERMULA SETELAH MALAYSIA MENJADI JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010 SELEPAS MENEWASKAN INDONESIA 4-2 BARU-BARU INI. KECEMERLANGAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT SEBAGAI PENJAGA GOL DALAM PERLAWANAN TERSEBUT TELAH MENAIKKAN NAMANYA SERTA MERTA. SETIAP HARI, ADA SAHAJA PAPARAN KISAHNYA DI DADA AKHBAR MAHUPUN KACA TELEVISYEN.

Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini sendiri tidak pernah menyangka, popularitinya naik mendadak. Sehinggakan ke mana sahaja dia melangkah pasti ada yang mengerumuninya untuk bergambar mahupun mendapatkan tandatangan. Pun begitu, Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex masih menganggap dirinya seperti dulu dan tiada sedikit pun rasa bangga apa lagi riak dengan perubahan tersebut.

Pemuda berusia 22 tahun ini memulakan karier bola sepaknya ketika di Sekolah Sukan Bandar Penawar sebelum memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil. Minat mendalam terhadap sukan ini membolehkannya ini mencuba nasib dalam pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk menyertai pasukan negeri kelahirannya.

Bagaimanapun, nasibnya tidak begitu baik kerana dalam saingan liga 2008, dia langsung tidak diturunkan untuk pasukan sebaliknya lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Jersi 30 yang dipakainya ketika itu seolah-olah tidak membawa tuah.

Namun anak keempat dari lima adik-beradik ini tidak berputus asa. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Kelibatnya mula mencuri tumpuan bila di
pilih beraksi dalam Liga Super buat pertama kalinya.

“Alhamdulillah, tahun lepas adalah tahun rezeki dan paling bermakna dalam hidup saya. Penantian saya selama ini terbalas walaupun terpaksa menunggu lama untuk terpilih dalam kesebelasan utama pasukan.

“Ketika itu, saya berkata pada diri sendiri supaya jangan lagi memandang ke belakang, inilah peluang saya membuktikan bakat dan keupayaan saya sebagai penjaga gol. Kerana itu, saya bermain bermati-matian ketika dipilih bermain dalam kesebelasan utama apabila Kelantan menentang Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.

“Sekali lagi, saya diberi peluang untuk bermain dalam separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor. Dari situ, bakat saya mula diintai oleh K. Rajagopal apabila menawarkan saya menyarung jersi kebangsaan dalam kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober tahun lalu,” ujar Apex yang pernah dianugerahkan Pemain Muda Terbaik 2010 dan Penjaga Gol Terbaik 2010 dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM. Kehidupan berubah 360 darjah Sejak itu, nama anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini kian memuncak. Apatah lagi dia turut membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia setelah 14 tahun menanti setelah berjaya mengalahkan pasukan Negeri Sembilan.

Sekali lagi, dia terpilih untuk bersama skuad kebangsaan dalam Sukan Asia Guangzhou, namun langkah skuad kebangsaan terhenti dalam pusingan kedua. Bagaimanapun langkah anak muda berdarah kacukan Melayu-Siam ini semakin panjang bila mana kejayaannya membantu skuad kebangsaan membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia.

“Ini adalah kejayaan semua pihak dan bukan hanya seorang. Tanpa bantuan pemain serta tunjuk ajar jurulatih tak mungkin saya boleh sampai ke tahap sekarang. Walaupun boleh dikatakan kehidupan saya kini sudah berubah 360 darjah, tetapi saya masih orang yang sama.

“Tiada apa yang berubah dan saya juga tidak pernah anggap diri sebagai selebriti dek kerana populariti yang mendadak ini. Bukan glamor atau nama yang saya kejar, sebaliknya saya mahu mencipta nama dalam bidang bola sepak ini,” ujarnya yang cukup teruja diberi peluang bermain dalam skuad kebangsaan biarpun cabarannya cukup tinggi.

“Bayangkan, ketika menentang Indonesia baru-baru ini, bukan hanya setakat provokasi dari segi ejekan, malah kami turut terganggu oleh peminat bola sepak Indonesia. Sewaktu hendak ke stadium kami terpaksa menaiki kereta kebal yang mana inilah pertama kali saya menaikinya.

“Itu belum termasuk lagi kepala kami diketuk dan sebagainya lagi. Namun, kami anggap itu semua sebagai satu ujian untuk melihat sejauh mana ketahanan mental dan fizikal kami. Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami dan akhirnya piala yang dinantikan selama 14 ahun berada dalam genggaman kita,” jelas anak muda yang tidak menafikan dirinya sudah berpunya, namun buat masa kini belum terfikir soal kahwin memandangkan mahu memberi tumpuan pada karier terlebih dahulu.

Tidak Selamanya Sarung Jersi Bola

Tekadnya pada tahun 2011, dia mahu berkhidmat lebih baik untuk pasukannya, Kelantan serta skuad kebangsaan. Ditanya, sama ada dia akan selamanya menyarung jersi bola atau ada impian lain untuk masa depannya, Fahmi mengakui ingin bergelar ahli perniagaan.

“ Insya - Allah, jika diizinkan Allah SWT, mungkin ketika umur saya sudah menginjak ke 30-35 tahun, saya akan membuka bisnes sendiri. Tetapi, tetap tidak lari dari bidang sukan kerana saya mahu menjual barangan kelengkapan sukan.

“Namun tumpuan saya kini adalah untuk sukan bola sepak terlebih dahulu. Soal lamaran pihak lain bagi mendapatkan khidmat saya buat masa sekarang belum ada. Lagipun, saya setia pada majikan (Kelantan) dan tidak terfikir untuk berhijrah ke pasukan lain. Kecuali jika mendapat tawaran dari luar negara, mungkin saya akan mempertimbangkannya,” ujar Fahmi lagi kepada penulis yang berkunjung ke rumah ibu angkatnya baru-baru ini.



8 Gtau jek:

Mama Zharfan said...

moga2 KFCM dpt maintain prestasi cemerlang :) bangga gak sbb me pun anak kelate heheh

Cikgu Aini said...

@Mama Najla : hebat lah!.. good. :)

Cikgu Aini said...

@Mama Najla : hebat lah!.. good. :)

Cikgu Aini said...

@Mama Najla : hebat lah!.. good. :)

Cikgu Aini said...

@Mama Najla : hebat lah!.. good. :)

Cikgu Aini said...

@Mama Najla : hebat lah!.. good. :)

Unknown said...

kalau dah keluar dalam majalah mingguan wanita..
lepas nie..maskulin, dll majalah,..sure ada muka apex yang hensom nie..

Mama Hanim said...

bangga anok kelate glemer gitu..hehe..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in