Sayang Badan Sayang Keluarga

Tanpa tubuh yang sihat, anda tidak dapat menunaikan tanggung jawab menguruskan keluarga dengan sempurna. Jika sayangkan keluarga, anda perlu sentiasa menjaga kesihatan diri.

Sarapan paling penting!

Biarpun umum menyedari kepentingan sarapan pagi dalam diet seharian, ramai di kalangan mereka termasuk anda sendiri mengabaikannya. Alasan yang biasa diberikan antaranya sibuk, malas ataupun mahu mengurangkan makan. Ubahlah sikap anda mulai hari ini! Jika sayangkan keluarga, anda perlu jadikan sarapan pagi sebagai keutamaan. Jangan sesekali mengabaikannya.

Dengan mengambil sarapan pagi setiap hari, anda dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Malah, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja yang bertimbun. Tentu anda dapat melakukan tugas di pejabat mahupun menguruskan tanggung jawab di rumah dengan selesa.

Banyak kajian telah dijalankan tentang sarapan. Salah satu daripada ribuan hasil kajian yang pernah dijalankan mendapati masyarakat Jepun menganggap sarapan pagi dapat membantu mereka mengurangkan kadar tekanan dan tahap kolesterol dalam darah. Hasil kajian yang lainnya membuktikan sarapan membantu menggiatkan proses pembakaran kalori yang tanpa disedari memudahkan anda menurunkan berat badan. Jadi, sesiapa yang mengambil sarapan pagi berupaya membakar tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Kaya khasiatBijirin merupakan salah satu menu sarapan yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya ialah emping jagung yang kebanyakannya manis dan berwarna-warni. Oleh kerana itulah makanan jenis ini biasanya mampu membangkitkan keinginan anda untuk menikmati sarapan pagi. Rasanya enak apatah lagi apabila ditambah dengan susu dan hirisan buah-buahan segar mahupun kering. Bijirin lain yang terdiri daripada gandum ataupun oat, rasanya agak tawar. Mungkin disebabkan oleh faktor tersebut, ia sering dihidangkan sebagai minuman.

Namun yang demikian, tidak semua bijirin mempunyai khasiat tinggi. Daripada lebih 160 jenis bijirin yang merangkumi bijirin yang mempunyai khasiat yang paling kaya sehinggalah yang paling rendah, hanya beberapa jenis bijirin sahaja diperakui sebagai bijirin berkualiti. Sehubungan itu, oat, wheatgerm, muesli asli, linseed cereal, soya, kepingan bran dan campuran kepingan bijirin adalah jenis bijirin yang paling baik.

Pilihan bijak

Yogurt adalah sumber kalsium, riboflavin dan protein yang paling baik. Bagi mengekalkan kesihatan, ia adalah pilihan bijak. Namun begitu, anda perlu memilih yogurt yang mengandungi lemak yang rendah. Jika anda mahu menjadikan yogurt sebagai sarapan pagi yang menyelerakan, anda bolehlah memilih yogurt yang mengandungi kepingan buah-buahan seperti kiwi, mangga, strawberi dan banyak lagi. Untuk menambahkan lagi kelazatannya, anda boleh mencampurkan yogurt dengan hirisan buah-buahan segar juga.

Pelbagaikan hidangan

Anda boleh mempelbagaikan hidangan roti. Anda boleh membakar, menggoreng mahupun memakannya begitu sahaja. Untuk mempelbagaikan selera, antara lain anda boleh menghidangkannya bersama jem, telur hancur, keju, sayur-sayuran dan sebagainya. Selain berkhasiat, anda turut berpeluang menjaga bentuk tubuh dan mengekalkan kecergasan diri.

Masih boleh makanPastri bukanlah pilihan sarapan pagi yang elok untuk kesihatan. Ini kerana kebanyakan pastri mengandungi kandungan lemak yang tinggi sedangkan khasiat pemakanannya sangat sedikit.

Walau bagaimanapun, jangan risau! Anda masih boleh menjadikan pastri sebagai salah satu hidangan sarapan pagi anda tetapi hadkannya pada masa-masa tertentu sahaja. Sebagai pengetahuan tambahan, sekeping croissant mengandungi lemak yang sama banyak dengan 17 keping roti.

Jus buah pilihan alternatifSecara khususnya, buah-buahan adalah jenis hidangan sarapan pagi yang tidak sempurna kandungan khasiatnya. Jika anda gemar memakan buah-buahan sewaktu sarapan pagi, ketahuilah perut anda tidak akan kekal kenyang sehinggalah waktu makan tengah hari.

Walau bagaimanapun, buah-buahan seperti oren, epal, kiwi masih boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada hidangan sarapan pagi anda. Buah-buahan ini mengandungi sumber karbohidrat, serat, vitamin C, E, beta karotena dan mineral yang baik. Paling bagus, anda boleh sediakan hidangan buah-buahan kegemaran dalam bentuk jus selain daripada memakannya secara mentah sahaja.

Telur kekalkan tenaga

Antara sumber protein yang baik untuk tubuh ialah telur. Jadi, hidangkannya sama ada dalam bentuk telur rebus ataupun separuh masak sebagai hidangan sarapan pagi. Sertakan hidangan telur kegemaran anda bersama roti bakar ataupun buah-buahan. Hidangan ini akan membekalkan tenaga agar anda dapat kekal cergas sepanjang hari.

sumber


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

4 Gtau jek:

Bionic women said...

hubby kita jarang makan heavy breakfast, telur separuh masak 2 biji then roti bakar 2 keping..tu jer hari2..

Makbed said...

inche kitchi salu breakfast kol 10pagi... aku lak suka breakfast ngan telur separuh masak sama roti bakar. ihi..

Puan Kutu said...

kena bfast ekk..smp skang tk mkn lg..hehe..

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak sarapan sebab tak jumpa pagi kak..heheh...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in