Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.
Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan. Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata. Ketika tangan terluka, mata menangis, dan saat mata menangis, tangan menghapuskan air mata. Alangkah manis ungkapan ini, terasa benarnya!
Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuh saat suka dan duka. Tidak hairan ada orang menjalin persahabatan bertahun-tahun lama, diikat pula dengan hubungan sesama keluarga yang erat. Sahabat begini sesungguhnya susah ditemui tetapi ada di dunia ini. Cuma masa dan keadaan menemukan kita dengan sahabat sejati.
Namun persahabatan itu tidak terjalin atas landasan lurus. Sepanjang perjalanan membina hubungan persahabatan, tidak sedikit dugaan dan ujian melanda. Sebab itu, ada persahabatan tidak kekal lama. Akhirnya tinggallah kita sendiri tanpa sahabat. Dunia menjadi sepi dan sunyi, hilang sahabat umpama hilang separuh diri.
12 Gtau jek:
BFF adalah org paling penting dlm hidup me other than hubby, kids & siblings :)
ibu setuhu ngan MZ.. ye mama, kawan memang ramai.. tp sahabat adalah yg plg istimewa.. dia akan menangis dulu sblm kita menangis saat kita diduga.. :D
susah nak cari sahabat sejati kan...berkongsi suka duka susah senang bersama
sahabat dtg dan pergi umpama angin brlalu....ttp sahabat sejati kekal selama2nya...
uncle ramai sahabat blogger...
sgt setuju..kawan memang ramai tapi kawan yg leh share mcm2.susah senang, suka duka..sukar dicari...thank got i have one.. :-)
betul tu..
kwn mmg ramai tp...
sahabat sejati mmg sukar dicari..
sussah tau nak jmp sahabat kan lela..dah ada tu,mmg kena jg dia baik2.
memang susah nak carik sahabat tapi senang nak dapat kawan.....orang yang terdekat ngan kitalah sahabat ketika susah n senang...iaitu mak kita...hubby kita...
kawan ramai. tapi sahabat susah nak cari kan?
sahabat sejati umpama permata..bersinar2 walaupun dalam gelap.. :)
owh mmg sukar nk cari sahabat sejati ... yg akrab dgn kite masa skolah dulu pun...bile lepas2 kawin ni lost contact..sedeyy... :(
Post a Comment