Tip Berbelanja Untuk Hari raya


Salam Ramadhan ke-5 uols.....
Baru pas bersahur dan solat subuh. Singgah sahur kali ni cuma makan bihun soto bersama nasi impit je. Eh saja nak nyibuk korang2 sekalian dah shopping raya ke? Aku takat baju raya najlaa aje yg setel, baju kurung kami pun dh lama siap, yg lain aje x lagi. Hmmm kuih2 raya rasanya amik aje umah mak or MIL
Berikut disenaraikan beberapa tip ketika berbelanja di musim perayaan:
1. Jangan tiru orang lain
Ketika berbelanja, belilah barang yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya kerana anda berada dalam “mood” hari raya. Ramai orang yang terpengaruh dan membuat belian yang tidak diperlukan kerana semua orang membeli baju baru, menukar perabot baru dan sebagainya. Budaya “tiru orang lain” perlulah dikikis kerana ia tidak memberikan sebarang faedah. Orang yang paling arif mengenai keadaan kewangan dan keperluan anda ialah anda sendiri dan bukannya orang lain.
2. Elakkan berhutang
Ada orang yang sanggup berhabis wang ringgit untuk beraya ‘sakan’. Tidak cukup dengan duit gaji, ada pula yang sanggup menggunakan kad kredit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memastikan raya tahun ini yang paling meriah. Tabiat ini perlulah dijauhi kerana tidak ada gunanya bergaya di hari raya, tetapi pokai selepas raya. Hutang sebegini akan membebankan anda untuk masa yang lama, sedangkan anda hanya mahu beraya untuk waktu yang singkat.
3. Jangan Membazir dan amalkan sikap berjimat-cermat
Tabiat membeli juadah di pasar Ramadhan yang berlebihan haruslah ditinggalkan. Kawal keinginan supaya anda tidak membeli makanan berlebihan yang akhirnya dibuang begitu sahaja. Sebaik-baiknya, senaraikan dahulu makanan yang ingin dibeli sebelum pergi ke pasar Ramadhan.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengelakkan berbuka secara bufet di hotel bersama seluruh ahli keluarga kerana ia mungkin menjadi suatu pembaziran apabila anda tidak mampu menghabiskan makanan yang disediakan, sedangkan anda membayar harga yang mahal untuk menikmati juadah tersebut.
4. Guna kembali
Jika dibelek-belek koleksi lama pakaian anda, pasti ada baju yang masih elok dan boleh diguna pakai di hari raya. Tambahan pula, sebab rajin berpuasa dan bersenam, mungkin anda sudah hilang berat badan dan baju lama tersebut boleh dipakai kembali. Apa yang penting adalah untuk anda mix and match dan pandai menggayakannya. Samalah juga dengan perabot atau langsir rumah anda, ganti apabila ia sudah pudar atau betul-betul tidak boleh digunakan lagi.
5. Buat Pembelian bijak
Ketika berbelanja, pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Seelok-eloknya, beli barang-barang persiapan raya awal-awal lagi iaitu sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Ini kerana ada segelintir peniaga yang menaikkan harga barang apabila tibanya musim perayaan dan tidak kurang juga yang sanggup menyembunyikan barang (terutamanya barangan runcit) bagi menaikkan harga barang. Sekiranya anda beli awal, persoalan ini tidak akan timbul dan anda juga tidak berada dalam keadaan terdesak untuk membeli.
Akhir sekali, ingatlah bahawa walaupun raya hanya sekali setahun, ia tidak semestinya diraikan dengan kemewahan dan dicemari dengan pembaziran. Menyambut hari raya dengan bersederhana adalah jalan terbaik kerana tujuan sebenar Idul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, merapatkan hubungan ahli keluarga dan saling memaafkan antara rakan dan taulan.

16 Gtau jek:

ajumohit said...

Betul lelord, kene ingat berbelanja.... Hehe ni order Kuih ke main lagik :)

mummy_ayu said...

sgt betul...amalkan sikap bersederhana...

notti netti said...

so far net tergolong dlm yg tak membazir dlm bulan puasa eheheheheheheheheheheh

Jieda said...

Betul..berbelanja tu memang kena waspada.Hopefully raya ni kita dapat jumpa

Lelord said...

@ajumohit huhuhu macam2 jenis kuih nak kan...sedap je tengok

Lelord said...

@mummy_ayu ye..ye.. sesama la kita bersoping secara sederhana

Lelord said...

@notti netti ecehhh panjang gelak tu

Lelord said...

@Jiedainsyaallah harap2 raya kali ni dpat la jumpa

Unknown said...

setakat ni alhamdulillah 85% dah settle....aku b'belanja m'ikut kemampuan,maklum lah yg bekerja hanya seorg kan.....jd kene lah sentiasa berwaspada...karang x pasal2 lps raya makan biskut kering...heheheeee...

Mrs. Simplicity said...

konsep beraya mesti baru. tu yg nak beli semua. apa pun, ukur baju dibadan sendiri kan. saya apa pun tak prepare lg :)

Lelord said...

@Mamamya ekekekkee aku x sabo dah nak balik ni...menghitung hari je

Anum said...

good tips sis
thanks

eB said...

kena plan betoi2 kan? :)

Nia said...

tips terbaek! yg plg penting mmg jgn tiru org..lain le org tu budget dia mcm kite.hehe..

Puan Kutu said...

betul tu mama najla,yg penting jgn membazir,berbelanja ikut kemampuan..

Izan Ishak said...

izan pun setuju! ukur baju di badan sendiri kan...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in