Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Eid Al Adha Meriah

Masih belum terlambat kan...
 Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua kengkawan
Kami warga Handasaa wat potluck
Kali ni umah bertuah untuk majlis kat R4-701...umah Ain & Jamal
Maceh yek tuan rumah

Majlis bermula seawal 9.00 pagi
Masing-masing bawak le makanan kan
Macam2 adaaaaaaaaaaaa
Penuh perut weii makan
Seminggu la pasni kena g gym ahahahahha kononnya
 Lontong, soto, nasi dagang, nasi kerabu, rendang camel hehehhe
 Ada lagi............sate, laksa utara, roti jala, pulut kuning
Dessert agar-agar dan puding berkuah koktel
 Jamu selera yek
Tak kira la bape round pun kan
Makan..sembang..makan semula..makan lagi sekali..lagi..dan lagi
Makan lagi ahahahhahaa
Seperti biasa kan...suka beno tido dak intan ni
Geng bas sekolah lelaki bergambo
Geng bas sekolah pompuan lak
Hehehehhee xde tripod jadi geng bas sekolah laki dan pompuan 
x dpt bergambo sesama
 
Hheheheheh bergambo sefamili daaaaa
Eh kuarga lain pun ada gak amik gambo
Tapi dah ni blog aku kan boh gambo famili kami aje la ekekeke
Sapa nak tengok gambo lain g tengok kat fb
Hari Raya Aidiladha 2011 Slideshow: Malaysia’s trip from Malaysia to Doha, Qatar was created by TripAdvisor. See another Doha slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Ada lagi aktiviti geng handasaa ni...
Kang aku hapdet yek



BBQ Angry Birds Raya

Hohohoohho masih dalam bulan raya kan
So masih leh lagi la wat n3

Pesal tetiba lak tajuk pasal angry bird ek?
Sebelum ni mmg dh ada citer pasal kegilaan kepada minatang tu kat SINI
Ni sumer gara2 nampak entri AyuCR
Dua orang kuat...abg ipo ngan adik ipo
Darling xde masa ni pasal dia dh balik melaka
Aku ngan najlaa je lepak kat BP
Sebelum bertukor rupa
Menu masa ni ada ayam, daging, ikan pari
Dalam mangkuk yang nampak cam buah pelam tu bukan pelam yek
Tapi buah lai yg aku gaul ngan asam boi merah
Pehhh mabeles.....
Kazen najlaa gak 2 beradik ni Aiman ngan Bella
Kemain riang gumbira lagi
Najlaa, Aiman, Eisya dan Bella
Eisya ngan menan angry birds...ketuk je ada munyik
Pas makan sessi main munger api lak
Hohohohoholick Angry Birds Raya
Mahap kualiti gambo yg x seberapa

Raya Lagi

Salam semua
Hehehehe x berkesempatan nak hapdet
Sangat sibuk beraya
Almaklum setahun sekali kan
Korang sakan gak ke beraya



Gambo di pagi raya

- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bahang aidilfitri semakin terasa
Ramai yang tengah pulun buat biskut raya
Ramai yang dah pasang pelita kat keliling rumah
Ada ke yang dah anyam ketupat
Ada yang dah cari buluh nak buat meriam lemang
Ayam, daging dah order ke?
Duit raya banyak ke korang sediakan
Hahahaha ada ke sesapa yg baju raya x siap lagi...uwaaa sadisnya la

Seperti biasa menghitung hari lagi ni
Esok 25hb..yahuuuuuuuu

Buat semua rakan-rakan blogger
Di kesempatan ini ku hulur sepuluh jari
Ampun maaf dipinta jika sepanjang berblog ni ada kata2 yg menghiris
Entri-entri yang mengusik perasaan dan jiwa korang
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Eh sila la datang ke rumah yek
Btul ni bukan ajak2 ayam ni..betul punya
Kalau ada yg nak datang nanti aku bg la address

Hahahaa amik ko..2 kad raya sekali aku masukkan
Sebelum korang tanya napa aku ngan najlaa jek dlm kad raya ni
Baik aku kasi jawapan siap2
Ni arr darling dh byk kali aku ingatkan tuk amik gambau bertiga 
pasal aku nk wat kad raya
Dia kata ok2...haaaa sampai sudah
Dah kije ni balik2 umah jek terus lelap...makanya berdua lebih baik huhuhu


Tip Berbelanja Untuk Hari raya


Salam Ramadhan ke-5 uols.....
Baru pas bersahur dan solat subuh. Singgah sahur kali ni cuma makan bihun soto bersama nasi impit je. Eh saja nak nyibuk korang2 sekalian dah shopping raya ke? Aku takat baju raya najlaa aje yg setel, baju kurung kami pun dh lama siap, yg lain aje x lagi. Hmmm kuih2 raya rasanya amik aje umah mak or MIL
Berikut disenaraikan beberapa tip ketika berbelanja di musim perayaan:
1. Jangan tiru orang lain
Ketika berbelanja, belilah barang yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya kerana anda berada dalam “mood” hari raya. Ramai orang yang terpengaruh dan membuat belian yang tidak diperlukan kerana semua orang membeli baju baru, menukar perabot baru dan sebagainya. Budaya “tiru orang lain” perlulah dikikis kerana ia tidak memberikan sebarang faedah. Orang yang paling arif mengenai keadaan kewangan dan keperluan anda ialah anda sendiri dan bukannya orang lain.
2. Elakkan berhutang
Ada orang yang sanggup berhabis wang ringgit untuk beraya ‘sakan’. Tidak cukup dengan duit gaji, ada pula yang sanggup menggunakan kad kredit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memastikan raya tahun ini yang paling meriah. Tabiat ini perlulah dijauhi kerana tidak ada gunanya bergaya di hari raya, tetapi pokai selepas raya. Hutang sebegini akan membebankan anda untuk masa yang lama, sedangkan anda hanya mahu beraya untuk waktu yang singkat.
3. Jangan Membazir dan amalkan sikap berjimat-cermat
Tabiat membeli juadah di pasar Ramadhan yang berlebihan haruslah ditinggalkan. Kawal keinginan supaya anda tidak membeli makanan berlebihan yang akhirnya dibuang begitu sahaja. Sebaik-baiknya, senaraikan dahulu makanan yang ingin dibeli sebelum pergi ke pasar Ramadhan.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengelakkan berbuka secara bufet di hotel bersama seluruh ahli keluarga kerana ia mungkin menjadi suatu pembaziran apabila anda tidak mampu menghabiskan makanan yang disediakan, sedangkan anda membayar harga yang mahal untuk menikmati juadah tersebut.
4. Guna kembali
Jika dibelek-belek koleksi lama pakaian anda, pasti ada baju yang masih elok dan boleh diguna pakai di hari raya. Tambahan pula, sebab rajin berpuasa dan bersenam, mungkin anda sudah hilang berat badan dan baju lama tersebut boleh dipakai kembali. Apa yang penting adalah untuk anda mix and match dan pandai menggayakannya. Samalah juga dengan perabot atau langsir rumah anda, ganti apabila ia sudah pudar atau betul-betul tidak boleh digunakan lagi.
5. Buat Pembelian bijak
Ketika berbelanja, pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Seelok-eloknya, beli barang-barang persiapan raya awal-awal lagi iaitu sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Ini kerana ada segelintir peniaga yang menaikkan harga barang apabila tibanya musim perayaan dan tidak kurang juga yang sanggup menyembunyikan barang (terutamanya barangan runcit) bagi menaikkan harga barang. Sekiranya anda beli awal, persoalan ini tidak akan timbul dan anda juga tidak berada dalam keadaan terdesak untuk membeli.
Akhir sekali, ingatlah bahawa walaupun raya hanya sekali setahun, ia tidak semestinya diraikan dengan kemewahan dan dicemari dengan pembaziran. Menyambut hari raya dengan bersederhana adalah jalan terbaik kerana tujuan sebenar Idul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, merapatkan hubungan ahli keluarga dan saling memaafkan antara rakan dan taulan.

Untuk Semua


Di kesempatan ini aku nak ucapkan
Salam Aidiladha buat semua
Allahuakhbar...Allahuakhbar
Insyaallah kami di Doha akan menyambutnya pada 16hb November 2010
Pertama kali Aidiladha di perantauan
Menu masih dalam perancangan

Tertunda : Ni Jek Gambo Raya


Huhuhuhu

Korang sumer musti byk bergambo time raya kan

Aku xde sgt la beb gambo raya

Sangat fokus masa beraya sampai x dan snap2

Lgpun masa raya ni la masa nak gosip-mosip ngan kazen2

Pastu lak makan time kena la makan sungguh2

Hahahaha bukan senang aku nak jumpe makanan ni

Menu raya kat umah kazen2 antaranya...

Laksa Johor, Bakso, Roti Jala ngan kari ayam, ade gak bihun, kuew tiao, makaroni


Ni pun ade la gambo tu pun x berapa clear

Seb bek aku teragak nak snap kalau x..xde gambo raya la jawabnya


Tuan umah tu hah baju petak tgh makan ...ekekeke
Penuh umah Alin biler sepupu-sepapat datang
Yang lelaki sumer lepak kat luo

Tertunda : Jalan2 Raya


Huhuhuhu
Aku tetap nak wat N3 walaupun dah agak berjamannn
Al-maklum time raya x sempat nak on9
Ni le masanya aku nak hapdet sumer

Raya ritu aku x kemana sgt pun
Cuti kan singkat
Tapi sempat la g umah makcik-pakcik aku
Umah sepupu sepapat

Meh layan sket dulu gambo
X silap ni masa sesi nak jelajah umah makcin2 aku
N3 berikutnya akan menyusul

Dak kenit ngade2...auntie naynab pakaikan le kasut
Tu nampak tu headband siap ade nama
Aku beli on9

Nak gak wat peace...tp jari x bape nak jadik
Najlaa ngan Auntie Naynab (adik aku), sorang lagi tu Ummi Zah (kakak aku)

Ekekekeke nampak cam kuyusss lak darling
Idak benonya...sumer cakap darling semangat
Tu adik aku amik gambo sambil mencangkung hahhaha

Ni akak aku ngan abg rasid...dak kenit panggil "Anken Rasid"
Auntie Naynab ngan "Anken Epul" najlaa
Si gebu ni kazen najlaa...Eisya
Headband pun aku tempah skali tuk dak gebu ni

Bekpes Raya


Eekekkekee musim raya lah katakan
Raya kan sebulan..
So byk le kedai2 makan yg x beroperasi

Ade 2-3 kedai idaman kalbu ni yg x bukak
So pagi tadi xleh le menjamu anak tekak yg merana nih

Ni melepa le kami sumer kat Kluang Station

Ade dak kenit...ishhh kompom la kena ade kan
Kakak aku..abg ipor, adik aku ngan adik ipor
X ketinggalan mak aku
Dorang pun dtg melaka semalam
Almaklum kami kan nak gerak tgh mlm sok ke KLIA

Makan darling....jgn malu2
Hahhahahha sumer org2 kat kg kata darling makin semangat

Adehhhh sedappnya teh es kat Kluang Station nih
Dolu2 tiap kali melepak sini mmg teh es le g aku order



Raya Oh Raya


Kalau dah nama raya mesti la ade bunga api kan

Hehehhehee

Masa kat Doha mana la berkesempatan men bunga api..mercun ...

Balik mesia baru arrr meriah

Tu pasal kami balik raya...

Hahahhahaha mmg best raya kat kg

Tengok ni...dak kenit mmg suke

Tak takut pun...dengar bunyik mercun berdentum2 pun ok

Maklum la...masa lahir dulu bulan pose

Tengah meriah ngan mercun kebaabooommm

So tinge dah biasa ngan bunyik2


Hmmmm ni lak pagi raya

Najlaa salam tangan papa mintak mahap la kunun

Huhuhuhu gambo aku xde lak salam2 darling

Ekekekkee ni kat umah MIL masa pagi raya

Takkan nak soh MIL lak yg snap pic kan


Hah gambo kami tiga beranak ni aku soh Adik ipor snap

Abaikan aje kaler baju yg x berapa nak sama

Tahun depan aku beli kain sepapan leh anto tailor

So sama arr kalernya

Hahahhaha


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in