Khasiatnya Kurma
Hakikatnya, tidak perlu menunggu hingga ke bulan Ramadan untuk anda menikmati kurma. Ini kerana kurma adalah buah seribu khasiat. Ingin tahu mengapa?
selain kandungan kalorinya yang tinggi, ia juga mudah dihadamkan ketika berbuka puasa.
- Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
- Kandungan karbohidratnya yang tinggi memberikan kita tenaga yang maksimum untuk kembali segar setelah seharian berpuasa.
- Ia juga mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah. galian ini berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
- gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Inilah yang menjadikan kurma sebagai buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.
- Kurma juga diketahui mengandungi pelbagai vitamin penting lain seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.
- Kurma juga mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium.
- serat yang terkandung di dalam kurma pula dapat membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus sekali gus memudahkan pembuangan air besar.
Prun sememangnya kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Rasanya yang masam manis mampu membuka selera terutamanya sewaktu berbuka puasa. Buah prun juga mampu membantu memberikan tenaga segera kepada kita.
- Ia kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
- Prun juga mengandungi potasium dan zat besi yang baik untuk membantu melancarkan aliran darah.
- Kandungan seratnya juga baik untuk sistem penghadaman.
- Kandungan vitamin A dan C di dalamnya pula dapat membantu mempertingkatkan kesihatan rambut dan kulit.
- Ia juga diperkaya dengan kandungan lutein yang baik untuk kesihatan mata.
- Pengambilan prun di waktu sahur dapat membantu memberikan tenaga esktra untuk memulakan tugasan harian. Ini kerana rembesan kandungan gulanya untuk dicerna berlaku secara perlahan bagi membolehkan kadar tenaga kekal sepanjang hari.
- Buah prun juga sesuai dijadikan snek bagi mereka yang berdiet. sebiji buah prun hanya mengandungi kira-kira 11 kalori dan ia bebas lemak.
- Kajian terkini di Amerika syarikat baru-baru ini mendapati wanita yang makan 12 biji prun setiap hari mampu mengurangkan risiko diserang osteoporosis.
- Kandungan serat boleh larut di dalamnya pula mampu membangkitkan rasa kenyang yang lebih lama di mana sangat sesuai untuk kita yang sedang berpuasa.
Selain kurma, kismis juga menjadi pilihan untuk dimakan sewaktu berbuka atau bersahur. Anda disarankan makan sekitar 21 biji kismis (khususnya kismis merah) di waktupagi setiap hari bagi membantu merangsang kecerdasan minda.
- Kismis adalah sumber antioksidan yang baik. Antioksidan yang terdapat pada kismis dikenali sebagai ‘catechin’ di mana merupakan sejenis bahan antioksidan yang sedia diserap. Bahan tersebut membantu untuk meningkatkan kesihatan usus besar.
- Kandungan potasium dan serat di dalam kismis juga tinggi di mana ia baik untuk penghadaman.
- Ia turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah semula jadi. Fruktosa ini bila diurai mampu menjadi sumber tenaga yang baik buat tubuh.
- Berita baik bagi mereka yang sedang berdiet, kismis tidak mengandungi sodium, lemak mahupun kolesterol apatah lagi ia mudah dijadikan sajian seharian.
- Bagi mendapatkan kandungan serat yang baik, disarankan pengambilan dua sajian kismis setiap hari. suku cawan kismis mengandungi serat yang bersamaan dengan satu sajian buahbuahan.
- Kismis juga boleh membantu memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi. Berdasarkan kajian Kolej Pergigian Universiti Chicago, kismis mengandungi bahan ’phytochemical’ yang menyekat pertumbuhan bakteria di dalam mulut. Ini sekali gus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi manakala kajian turut menunjukkan tiga daripada empat orang dewasa yang berusia melebihi 35 tahun dilaporkan mengalami beberapa bentuk penyakit gusi.
- sumber
Kat umah cuma ada kurma ngan prun je hehhhehee
3 Gtau jek:
kalau kat umah ezan pose2 ni rotub la jadi pilihan..cik abg boleh telan sampai 5biji mase berbuka..mase sahur pun sama..beli sebekas tu dah nak abis,walau pose baru 5 ari..heheh
@mama ainnurzariff huhuhu lela suka kurma biasa jek, x suka yg fresh
Kurma yang paling glemer cap YuTa..anak2 siap bisik2 sebut Yusoff Taiyoob..haihla pengaruh iklan betul!
Post a Comment