TAMBAT HATI SUAMI MELALUI MASAKAN


Kata orang tua, makanan menzahirkan ekspresi rasa romantik. Air tangan si isteri yang memasak buat suami tercinta semakin mewujudkan bibit mesra dalam sesebuah rumahtangga. Ramai lelaki bersetuju dengan kenyataan ini dengan mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih harmoni berbanding menikmati masakan di restoran. Namun kebiasaan hidup moden telah meminggirkan tradisi menangkap hati dan cinta sejati melalui perut dan kemampuan memasak yang baik dirumah. Benarkah begitu?

Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indicator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.

Maka tidak menghairankan apabila Negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah. Mereka berpendapat, makan malammasakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis. Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesame suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju.

Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya. Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

8 Gtau jek:

Anonymous said...

aku ni laki jarang2 ada
camane nk masak hehe
klw dia ada pon
ktorg makan luar
bukan malas
tp dia kata
masak lagi banyak kos
baik bli hehee

Zasillah Ariffin said...

cuba terus mencuba...masak remeh pandailah...huhu

Unknown said...

aku mmg suka masak.....:)

mummy_ayu said...

sgt setuju..
tapi hubby ayu nie chef..
so dia lagi terror la..so..mcm ne nak tambat lagi tu..
he he he..

norhidana said...

suke baca artikel nih

tp mmg btl kn kak, org dulu2 pun ckp camtu sbb tu org tua kite suh kite pandai n belajar msk....

nsb dana minat memasak, so blh la msk walaupun tak sesedap mak dana msk

Unknown said...

sbb tu yong rajin2 belajar memasak skg hehehe

Bionic women said...

setujuuuuu....jom memasak, walaupun kekadang x menjadi..huhuhu..

||aLeaSaRa|| said...

hye sis!sejak keja ni mmg malas nak masak.kdg2 anak2 ngan hubby tak sbr tgu sabtu dan ahad sbb masa tu semua cuti dan ada di rumah.tak sbr nak tunggu kita masak he3.kdg2 masak simple je tapi bila hubby dan anak2 puji,perghhh serius terharu berkobar2 rancang nak masak apa pula hujung minggu nanti.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in