6 Seni Memuji Isteri

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji

Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu

Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat

Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

4. Tidak Berlebih-lebihan

Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.

Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

5. Ikhlas

Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

6. Belajarlah

Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

sumber


p/s : darling rajin gak puji kalau aku masak sedap sket, huhuhu ditambah lak kalau menu tu mmg sedap segala pinggan mangkuk darling yg basuh


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

10 Gtau jek:

Lydia Miza said...

hihi...kalau miza lak,selagi tak puji sibuk je tanya,ok tak?ok tak?padahal nak suh org puji..kih3

Lelord said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) huhuhu lela pun kadang2 camtu gak

ajumohit said...

Org laki susah skit nak memuji ni kan Lela???? Takpe nnti bg hubby Aju bc entry ni hehe

Unknown said...

heheh.. samalah macam komen LM...
nak gak en zalie memuji..

selalunya tak dapat ko..

sabor jerlah.. hahaa...

ch@ said...

lama juga tak dengar abi memuji, tapiii masa bercinta pun mmg jarang kena puji ngn dia, hahaaa. bahkan kalau dia puji tu rasa mcm pelik pula :p

Lelord said...

@ajumohithhhee good2 biar hubby baca then baru dia tau para2 isteri nak gak kata pujian

Lelord said...

@Citarasa Rinduan ekekeke kita slalu mengharapkan pujian suami kalau dpt tu rasa kembang setaman

Lelord said...

@ch@ slalu sgt puji pun cam tak best kan

Nur Hawa Mohd Zin said...

bila sekali sekala kena puji mmg kembang hati sang isteri...contoh pakai ape2 pun suami kata cantik even pakai kain batik ngan baju kurung kedah..macam perempuan melayu terakhir gitu..heheh

Kalamhati said...

memang nature kita org pompuan kot..suka dipuji gitu..hehehe

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in