Ada bayi yang takut mandi. Jika ini berlaku pada bayi anda, jangan memaksanya berendam dalam air. Cuba lagi selang beberapa hari kemudian dengan menggunakan hanya sedikit air. Sementara itu, anda boleh mengelapnya dengan span/tuala basah dari atas hingga ke bawah. Jika bayi anda terus takut dengan air, cuba jadikan waktu mandi sebagai permainan yang menyeronokkan. Isikan air ke dalam mangkuk besar dan bawanya ke tempat lain selain bilik air. Letakkan tuala di sisi mangkuk itu. Masukkan beberapa mainan ke dalam mangkuk tersebut. Tanggalkan pakaian bayi dan galakkan dia bermain dengan mainan tadi. Jika dia berasa gembira, galakkan pula dia mengayuhkan kakinya di dalam air sambil anda memegangnya kuat-kuat. Selepas berbuat begini beberapa kali, tukarkan pula dengan besen mandi dan biarkan bayi bermain di dalamnya. Apabila dia cuba masuk ke dalam air bersama dengan mainannya, tahulah anda bahawa dia sudah tidak lagi takut akan air, tetapi anda harus bersabar. Biarlah dia berbuat begitu beberapa kali sebelum anda memandikannya.
p/s : najlaa ms baby suka main air, cuma bab nak jirus air kat atas kepala aje dia x suka sampai le skang kalau nk shampoo mmg dia akan dongak kepala pasal tamo air jatuh kat muka
Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2
6 Gtau jek:
betul...betul...tp ni dah 8 bulan la umur dia, da boleh mandi duduk dlm bilik air...ntah apa kejadian dia mcm takut air...ha ko...berpusing2 ibu kerjakan sampai terbaring dlm bilik air dia buat kuak kupu2. buln dia yg fobia mandi...sy yg dobia nak mandikan dia. kena kembali ke pangkal jalan aaa...mandi mcm dulu2 dlm besen kt dapur, penuh dn menan2 tu...tp xbesh nya budak dah ligat...habis basah dapur dia tepis2 air....
dhiya masa baby ken men lagi suka mandi. kalau kul 8 tu x mandi lagi, mesti merengek2.
tapi bila dah besar panjang ni, kan men susah lagi nak suh mandi, ada jer alasan..huhuhu
owhhh anak2 saya pulak terlampu suke dgn air, pantang pintu bilik air ternganga...hehehhe
Keputusan penempatan darjah satu sesi 2012
anak skrg dah umur 1 thn 6 bulan..klu ckp je jom mandi..cepat je dia g ambik tuala dia
ohooo tq utk info kak...
sgt2 berguna nih utk dana
@Nora Shahaira huhuhu jenuh la pulak nk mop dapo, seb x banjir
Post a Comment