MASIH BERGAYA DENGAN SEPATU RENDAH


Keselesaan sewaktu melangkah menjadi keutamaan setiap orang. Pemilih sepatu bersesuaian penting untuk memastikan postur badan sentiasa terjaga. Kasut bertumit tinggi khususnya akan mengubah postur badan seseorang sehingga boleh menyebabkan serangan Osteoarthritis, iatu pada bahagian lutut malah terdapat banyak lagi komplikasi lain akan berlaku. Apa kata ubah penampilan anda dengan pilihan sepatu tapak rata atau flat shoe.

WARNA
Untuk memudahkan anda menyuaipadan kasut dan pakaian pilihan anda, secara asasnya, rona semulajadi menjadi taruhan terbaik. Tetapi, sesekali alami keseronokkan dengan sepatu anda apa salahnya. Cuba warna metalik seperti emas atau perak. Rona solid seperti merah, hijau atau kuning cantik digaya dengan padanan denim.

Terdapat banyak pilihan sepatu tapak rata di pasaran antaranya:

1 Kasut Kulit Tapak Rata
Kebiasaannya, kasut kulit tapak rata berwarna hitam, dan disebelahnya pula tersusun warna lain seperti coklat dan senada. Tetapi, anda perlu bijak membuat pilihan rona lain untuk kasut kulit anda. Kasut dari bahan kulit menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana kualitinya lebih baik berbanding bahan lain. Dan,ia biasanya padan dengan setiap busana anda. Cuma... kasut kulit tapak rata tidak sesuai apabila hari hujan. Pastikan anda keringkan dahulu kasut sebelum di simpan rapi di dalam kotak.

2 Kasut Tapak Rata Baldu
Bahagian luar kasut yang lembut memberi cerminan lebih feminin dan manis kepada si pemakai. Keselesaan menyarung kasut jenis ini membuatkan si pemakai lebih berkeyakinanan dan classy. Kombinasi sepatu tapak rata baldu dengan skirt labuh atau legging menampakkan gaya elegan anda. Kasut tapak rata baldu boleh di dapati dalam pelbagai rekaan dan dihiasi perincian yang pelbagai. Pada masa sama, penjagaan juga agak rumit untuk mengelakkan kesan calar dan rosak pada baldu.

3 Kasut Tapak Rata Ballet
Kombinasi terbaik digayakan bersama dres pendek atau skirt A-line. Kasut ini membariskan pelbagai rekaan yang boleh dipadankan dengan legging, seluar kargo, skirt berpotongan pensel dan seluar berpotongan lurus. Ada juga kasut ballet direka lebih ringkas dan tampak profesional, untuk anda gayakan dengan pakaian lebih formal misalnya untuk ke pejabat.

4 Kasut Tapak Rata Lace Up

Kasut tapak rata jenis lace up menampakkan anda lebih maskulin. Untuk mengurangkan ilusi itu, tambahkan lace berwarna merah jambu atau warna sesuai untuk sepatu anda. Langkah anda tentulah lebih berkeyakinan dengan menyarung kasut dari jenis ini. Padanan seluar Capri, seluar pendek dan skirt paras buku lali sangat sesuai untuk anda! Penampilan anda tampak lebih sporty.

Kasut tapak rata lace up juga dikenali sebagai flat oxfords. Gaya maskulin ini mungkin boleh disembunyikan dengan beberapa tip.

PADANKAN BERSAMA SELUAR TAPERED, DENIM VV ATAU SELUAR PARAS BUKU LALI
Tonjolkan sepatumu dengan menyarung seluar denim atau legging, membangkitkan aura lebih feminin. Seluar berpotongan lebar pada bahagian hujung kaki akan menutup rekaan kasut anda.

SERLAHKAN SEDIKIT KULITMU
Flat oxfords juga ada dalam bentuk open toe. Gaya ini juga boleh menampakkan gaya anda lebih feminin.


SINGKATKAN SELUAR, DRES DAN SKIRT
Bagi anda yang rendah, pemilihan pakaian yang lebih singkat memberi ilusi anda lebih tinggi. Pada masa sama, sepatu pilihan anda juga boleh kelihatan. Pilihan warna pada sepatu juga boleh membantu memberi gambaran ketinggian anda.

Hehehehee ni le slalu yg aku sarung kat kaki..flat shoes & flat strappy


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

14 Gtau jek:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD pun pkai kasut tapak rata jg besesuaian dgn keadaan la...sbb skg ni dgn ank2 payah...
TAPI kasut bertumit pun masih ada jg la..

Nur Hawa Mohd Zin said...

sejak pakai kasut tapak rendah beli kat Bata...mmg pakai kasut tu je la..heheh..cept sikit jalan

SURIA AMANDA said...

suka la flat shoe..comel2 jerk..

Zasillah Ariffin said...

aku pun ling...skang ni bantai flat shoe jek...malas dah nak nyarung heel...nak gi umah org kawin baru ku sarong...akakak

Lelord said...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ heheh lela pas resign mmg dh x pakai heels, tp kat doha ni aa la satu jek tu pun jarang pakai

Lelord said...

@Nur Hawa Mohd Zin eekekeke akakpun senang sket nak kejar najlaa

Lelord said...

@SURIA AMANDA btul2 comel aje kan..

meh tengok sini

http://www.facebook.com/pages/QISH-Everyday-is-like-walking-on-the-Runway/163628807026275

Lelord said...

@Shiela Latif huhuhu nak raya nanti gediks lak nakcari heels

Anonymous said...

aku skang ni
xde nk kasut tinggi2 dah
lenguh!

lina said...

salam - wah bagus..citer pasal kasut tumit rendah...mmg suka sekarang dh byk pilihan...selesa,cantik dan menarik :)

Bionic women said...

klau nak gi soping memang best pakai flat shoes jer sebab jer x lenguh nak tawaf soping compleks sambil kena kejar anak kan?? hehehe..

tapi gi kenduri kawin ker, raya ker, tetap jugak nak heel..huhu

kasut gold tu cantik lerrrr

ch@ said...

ahaaa comel-comel. my favourite shoes. drpd zaman bujang sehingga ke beranak pinak. memang inila 1st choice, baik pakai dgn seluar mahupun baju kurung =)

SYAFIQAHSALEH said...

suka pakai kasut flat gak :)

Anonymous said...

mmg suke kai kasut flat or sandel flat jer..senang nak melangkah kasut bertumit terkial2 huhuhu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in