Hehehhehehe tajuk terpanjang lak
Ni hah aku buat cipon kek
Dah beberapa hari sebenarnya nak mencipon
tapi kemalasan tu kemain mencanak2
Memandangkan ada jemputan makan-makan pas solat jumaat
Aku pun buat la sebijik cipon kek ni
Walaupun dah banyak kali buat ada la dekat 6 kali kot
Seram sejuk lak takut tak jadi huhuhu
Masa 1st time buat kat entry INI
Jemputan makan kat umah dak Intan
Makan lontong yek kengkawan...sedap
Ada rendang daging, sambal udang pun ada
Pastu Aton buat samosa cheese ngan samosa sayur
Kenyang perut makan tau
Siap repeat lagi wakakakkakaa
Hehehehe ni masa tetamu lom ramai
Geng2 handasaa jek pun
Best gak kan sesekali berkumpul
Hmmm ni ada plan nak menangkap ketam petang sabtu
Hajat dihati nak join gak tapi kena tengok kesihatan darling dah ok ke tak
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
Bahan (B):
- Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
- Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
- Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
- Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
- Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
- Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
- Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
24 Gtau jek:
wow cantiknya kek chiffon ni..mesti sedap
gebu dan montoksss kek cipon pandan tu..sedapnyaaaa..
lela, baru2 ni k.nor try buat kek cipon guna SM tp tak menjadi dgn elok la.. masa kita terlangkupkan tu, mula2 ok lagi. bila dah sejuk, angkat jer mould tu, kek tu dah drop. lepek dan penyek gak la.. hehe
any tip? k.nor tak sapu apa2 pun pd mould takut kek drop tp tetap drop jugak
pergh.. gebu betul chiffon cake tu.. confirm jadik!
@nieda alhamdulillah sedap lela amik kat blog kakyatie resepinya
@Yatie hehehhee tq kakyatie..ni sumer lela follow sebijik2 kat resepi akak
wow terliur tgok keke..makanan yg byk2 tu pun sama terliur.haha
@K.Nor kaknor lela ikut resepi kakyatie, bakar 45min pastu kuo dr oven barkan dlm 5-10 min pastu baru kelepetkan/kopek mould tu
@dieya alhamdulillah mmg jadi
aku semalam baru merasmikan mould yg ko hadiahkan tue....s'pjg aku buat kek tu asyik ingat kat ko jerk...huaaaaaaaaa...rindu sama kamu!!! nxt yr kita jumpa ek... :D
syok ek selalu ada xtvt gini.. erat hubungan sesama jiran.. kat sini jarang pulak ada.. uhuhu..
eh! lela,
ni ena, teratak milikku.. terguna id asben pulak.. heheh.. td try login blog asben sbb dh lama sangat tak msuk.. dah penuh ngan "habuk" tp tak larat nak bersihkan..
@Puan Kutu heheh makanan sumer sedap ni
@Mamamya rindu kamu jugak...weii buat keka ape is jgn lupa update tau
@irwan yup btul tu ena, aktiviti cenggini lebih mengeratkan hubungan silaturrahim
best nyaaa..suka la bab mkn2 gni hehe
terbaeekkkk..
cayala ko lela..
leh wat bisnes sana.. =)
wahh...harus cuba nih...;)
yang...
cam senang je?terliur tgk.nak cuba risau x jd..huhu
@alinac lover akak pun suka bab2 majlis makan2 ni
@♥Leily|Ummi Alya Husna♥ huhuhu ni isi masa lapang ngan tuk anak tekak je ni
@Sihat, Cantik, Bergaya cuba la yek
@Lydia Miza(Aidyl Azim) cuba la miza..insyaallah jd punya
Post a Comment