Melakukan kerja rumah adakah dikira sebagai SENAMAN?


Perkataan ‘bersenam’ itu sendiri punya kuasa luar biasa untuk membuatkan ramai orang berasa lelah walaupun sebelum melakukannya. Entah di mana salahnya, rutin bersenam ini bagaikan payah untuk dilakukan terutamanya bagi wanita yang sudah bekerjaya. Cuti hujung minggu terasa mahu dihabiskan bersama keluarga saja. Bagi surirumah pula, bersenam dianggap bukanlah keperluan!

“Kita orang perempuan tak payah nak bersenam. Buat kerja rumah, jaga anak, memasak segala, itu pun dah kira bersenam...”

Berdasarkan satu kajian ke atas 2,042 orang dewasa yang dikendalikan oleh ‘Opinium Research’ bagi pihak ‘Chartered Society of Physiotherapy (CSP)’ di British mendapati bahawa kira-kira 17% darinya lebih rela melakukan kerja rumah dari bersenam. Bagaimanapun 40% dari responden masih yakin dengan keberkesanan masa senaman yang betul manakala 43% lagi sedar kepentingan bersenam tetapi tetap malas untuk melakukannya.

1. Berjalan
Walaupun anda surirumah, anda masih perlu luangkan masa beriadah atau bersantai. Jika cuaca elok, cuba ambil angin di luar. Berjalan di sekitar taman perumahan anda mampu menjadi aktiviti rutin di petang hari. Sambil berjalan, anda boleh juga mengenali jiran yang lain. Lambaian dan senyuman mesra kepada jiran-jiran anda mampu membantu meningkatkan aliran adrenalin anda. Pasti anda lebih gembira dan tenang. Namun jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, anda masih boleh berjalan di dalam rumah. Pusing keliling rumah anda dan kutip semua baju yang perlu dibasuh. Naik turun tangga juga sangat baik sebagai gantian senaman kardio. Pusing keliling rumah anda berulang kali jika rumah anda tidak mempunyai tangga. Jika tidak mahu berasa bosan, berjalan sambil menyanyi atau mendengar lagu. Cara ini mampu membantu anda membentuk otot kaki di samping memperolehi manfaat senaman berintensiti rendah.

2. Lompat bintang
Aktiviti ini sentiasa menjadi aktiviti paling seronok untuk dilakukan. Ia juga tentunya dapat mengembalikan memori di zaman kanak-kanak. Bukan itu saja, anda boleh melakukannya di mana jua sama ada di ruang tamu, di bilik atau di ruang dapur di antara kesibukan anda menguruskan rumah. Apa yang lebih menarik, aktiviti ini merupakan aktiviti pemanasan tubuh yang baik dan jika dilakukan berulang kali selama 15 minit boleh menjadi aktiviti kardio yang hebat!

3. Tekan tubi atau bangkit tubi
Ia bukanlah aktiviti pilihan ramai orang tetapi ia tetap aktiviti mudah untuk dilakukan. Anda hanya akan berasa rutin ini remeh apabila anda mahu lakukannya lagak si ‘Rocky’, menggunakan satu tangan atau sebanyak 100 kali tanpa henti. Gunakan kedua tangan anda jika anda melakukan tekan tubi. Mulakan dengan jumlah yang anda mampu dan mengikut masa yang ada. Sebaiknya anda lakukan sebelum tidur atau ketika bangun pagi. Waktu itu anda masih ada masa dan tubuh masih segar. Anda juga boleh melakukannya sambil berdiri dengan menekan kedua tangan ke arah dinding. Jarakkan kaki dan mulakan gerakan anda. Latihan ini mampu membina kekuatan lengan dan dada.

4. Angkat kaki
Ini adalah gerakan yang sangat baik untuk membina kekuatan otot. Lakukan secara santai sahaja. Umpamanya sewaktu menonton televisyen. Luruskan kaki ke atas atau dengan menggunakan sofa sebagai agen mengampu beban. Selang selikan gerakan kedua kaki anda seperti mengayuh basikal.


10 Gtau jek:

mamaarifakeemaisy said...

betulla...time weekend, buat kerja umah itu ini pun bleh rasa, mcm bersenam..^_^

Lelord said...

@mamalieyna kengkadang buat kije umah sampai berpeluh cam mop satu umah ekekkeke

Anonymous said...

mmg pon klw aku nk berpeluh kemas umah je...dah lam umah panas kan hehee
mengepo segala mmb lencun la peluh

norhidana said...

betul tu ek kak... mmg mengemas umah di kire bt senaman gk kn... lg2 bile dh berpeluh2 rasa segar je...

maaf ye kak,lama tak jenguk blog akak,sejak anak saya tak sihat ni, ni dh mule keje baru la rajin skit jenguk blog

zaidah said...

MEMANG BERPELUH JUGAK TU BUAT KERJA RUMAH....ADUHHHH

Salina@IbuAqil said...

kuar peluh ooo mama.. ;)

Puan Kutu said...

tapi ada yg berkata..buat kerja rumah tu bukanlah stu senaman,hehe...

Cho Zila said...

tuler penah gak dengar buat keje rumah bukan senaman sebab bendatu dah jadi biasa... tp tetap percaya gak buat keje rumah dapat pahala dan gak sikit2 unsur senaman....

Unknown said...

kakyong selalu mengejar masa buat kerja rumah... lencun macam marathon 1km.. ;)

ni ade petua kawan beri.. leh buat dlm rumah.. jalan setempat ala2 berkawat utk tempoh 30 minit sekali setiap hari, 1 jam selepas makan..

puanbee said...

wah semangat balik nak bersenam kak..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in