Nasi Ayam Ipoh....Sedap

Huhuhuhu seperti biasa sendiri masak kena la ckp sedap
Tapi siyes Nasi Ayam Ipoh ni memang sedap
Ni hasil geledah dapo Mamamya
Aku memang pantang..
nampak jek ape sahabat buat mesti nak cuba gak
Tapi yang senang aje la..kalau yg susah pikir byk kali gak

Walaupun ada yg kurang bahan
Tapi nasi ayam ipoh ni mmg sedap...lain dari nasi ayam yg biasa aku buat
Huhuhu rujuk resepi ada sengkuang ngan daun bawang
 bahagian batang tu 
So aku hiris aje la bawang merah hehhehehhee
Memang tip top resepi ni
Pasti akan ku masak lagi lengkali...ikut resepi mmg macam banyak kije
Tapi sangat puas hati bila makan...nyummmm

NASI AYAM IPOH

Resepi : Quinne MyR,
sumber : Kak Nor , Kak Azlita, Mamamya

Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



9 Gtau jek:

puanbee said...

bangga gak jd org perak ni hehehe ..sedap2 , td makan nasi ayam sedap di kedai je

Lelord said...

@puanbee janji sedap kan walaupun di kedai

nieda said...

mmg sedap ni...nieda selalu buat nasi ayam

Mamamya said...

btl x aku ckp....??? resepi ni mmg terbaekkk! sekali buat mmg x cari dah resepi yg lain.....sedap yg amat!

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

sedapnya...resepi pun mudah..boleh try nie

norhidana said...

wah2 nmpak pun dh tau sedap... msti lg sedap dr ns ayam mahal yg dana mkn kt keramat nih...

mcm nk try je tp cam bnyak keje je... hehehe mule la mls ni

mamalieyna said...

rajin mencuba..bagus2x...ada resepi ni, sure ada org buat nnti..nmpk best~ ^_^

Sha@Mama Tina said...

Aku jek yg lom pernah buat nasi ayam lord.. nnt aku kene cuba jugak la nampaknya.. sedap jek nampak nasi ayam ipoh ko tu..

lina said...

salam tuan rumah - wow ramai yg kata sedap ni emmm tak sabar nak cuba
utk buat menu buka pose.

Copy dulu la recipe nya.


Terbaik tu...nampak pun menarik.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in