Hangat: Wanita Banyak Cakap

Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu ya. Saja je di pagi yang indai permai ni kasi hangat dengan topik seperti di atas. Aku baca artikel ni kat dalam MW. 

Mulut celupar, banyak cakap, kaki kecoh atau pelbagai gelaran lain biasanya ditujukan kepada golongan wanita. Malah acap kali, wanita sebegini dianggap kurang berakal kerana terlalu emosi.

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana wanita mudah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. Mulut mereka juga agak lepas bercakap tanpa memikirkan apa yang dikatakan itu menyakitkan hati orang lain atau tidak.

Karakter lelaki pula biasanya lebih ‘cool’, jarang marah tanpa sebab munasabah. Biarpun begitu ada kalanya teori ini tidak benar kerana ada juga lelaki yang panas baran. Tidak hairanlah lelaki diangkat sebagai pemimpin baik dalam kerjaya mahu pun rumah tangga. Jika kuasa “memimpin rumah tangga” diberi kepada wanita, nescaya banyak lelaki yang akan mengunjungi mahkamah syariah diceraikan isteri kerana wanita mudah emosi dalam berkata-kata.

Seorang ahli psikologi memberitahu, kemarahan, agresif dan kedegilan adalah satu sifat kelemahan yang ditunjukkan oleh lelaki mahu pun wanita. Mereka yang memiliki personaliti sebegini adalah sebagai satu cara di mana mereka mahu menunjukkan ‘kekuatan’ di hadapan orang lain meski pun di mata orang lain, ia adalah satu kelemahan.

Namun bagi lelaki, berhadapan dengan wanita yang lantang mengeluarkan pendapat adalah satu kelebihan kerana wanita ini dilihat berani mengeluarkan kata-kata biar pun ada kalanya perkataan yang terkeluar itu menyakiti hati orang lain. Sesetengah wanita lebih gemar bersikap pasif dan hanya bersetuju dengan kata-kata lelaki biarpun kata-kata itu salah dan menyakitkan hati mereka sendiri.

Lelaki suka wanita banyak cakap?
Tahukah anda mengapa lelaki sukakan wanita yang banyak cakap? Lelaki menyukai wanita sebegini kerana mereka mudah berbahas sesuatu perkara. Ia biasanya merangkumi pelbagai topik termasuk soal hubungan yang ideal, kos-kos perbelanjaan rumah tangga, sikap pasangan dan sebagainya.

Berbahas dengan wanita yang banyak cakap tentang topik ini dianggap sangat menarik. Sementara itu lelaki sebenarnya sangat bosan bercerita kepada wanita yang hanya menurut kata dan mengangkat darjat lelaki sebegitu tinggi.
sumber


p/s: aku banyak cakap a.k.a membebel kat umah je dgn najlaa...

9 Gtau jek:

lina said...

salam najla - lina dh try buat buka pose semlm nasi ayam ipoh...mmg mantap dan terbaik....thanks najla.

ajumohit said...

betul tu najlaa..lelaki kool, sakit hati jugak klu kita ckp dia terlampau kool sgt huhuuhu

Salina@IbuAqil said...

Betul lah sis, mcm ina jenis suka brckp kadang2 bila x ada mood nk brckp hubby pelik.. Dia ingat ina sakit.. Hi3!!!

Puan Kutu said...

sy pun byk cakap.haha

mama najla klu ada masa buatlah ekk, sy tag http://www.puankutu.com/2011/10/anak.html

Lelord said...

@lina hehhehee lina best kan nasi ayam ipoh, tp kan nama kita lela najlaa tu dak kenit kita

Lelord said...

@ajumohit ajuuuuuuuuuu panggil kita najlaa ke? huhuhu mamanajlaa la

Lelord said...

@Salina@IbuAqil ekekkekeke tetiba suka bercakap kan

Lelord said...

@Puan Kutu dah namanya perempuan kan...

insyaallah nanti buat pasal tag tu

Tini said...

menarik :)

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in