Cucur Udang Sarapan Pagi Kami

Morning uols
Bekpes ape pagi ni?
Ni sarapan pagi kami...cucur udang je
Tapi bukan pagi ni yek, pagi semalam hehhehehe

Ada yang terliur ke?
Mengidam nak makan?
Kat bawah ada resepi aku amik umah CMG

Mamamya, Nana korang dapat ke makan cucur udang?


BAHAN-BAHANNYA :-) 
2 cawan tepung gandum 
1/2 camca besar instant yeast (mauripan) 
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia) 
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil) 
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2 ...aku x boh pun
1 pokok daun bawang, hiris ..hehhhee xde gak tp aku boh daun seleri
1/3 camca teh serbuk kunyit 
1 camca teh garam 
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel 

BAHAN SOS LADA :-) 
8 biji cili merah 
1/2 cawan gula pasir 
1/4 cawan cuka 
3 ulas bawang putih 
1/4 camca teh garam 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..


8 Gtau jek:

Nini D.. said...

peberet nih..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

menyelerekan....

akak comot said...

seksi menggoda

eB ezrin said...

grrrrrrrrrr aum aum :)

Salina@IbuAqil said...

Yummy2!!!! ;)

IntaNBerliaN said...

wah.. confirm nak try la nanti..!! :-)

Kalamhati said...

aduss teliur mlm2 ni..hehe

kakyong said...

dah lama jugak tak buat cucur udang ni... sedap gak layan petang2 hari kan..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in