Bun Manis Butterscotch atau Vanila

Assalamualaikum semua....morning uols
Dah lama bercita-cita nak coba buat roti
Tapi takut tak menjadi
Dari last 2 year lagi aku dah berangan
Selalu gak mengintai blog kazen gebu aku tu
Setelah terpendam lama tahun baru 2012 
ni la permulaan yg baik untuk segalanya...ewahhhh

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa
Mempersembahkan Bun Manis Vanila aku
Hehehhehee resepi amik kat blog Ros Jintan Manis
Ikut resepi namanya Bun Manis Butterscotch
 tp pasal aku guna vanila jadi la Bun Manis Vanila
Pastu lak kena guna susu tepung aku pakai je susu najlaa
Najlaa dah lama x minum susu tepung pasal dia minum fresh milk je
dari terbuang camtu je baik la aku guna untuk buat bun hehhehe
 Walaupun tak berapa cantik tapi aku berpuashati dengan pencapaian terhebat ni
Alhamdulillah najlaa suka pasal sebijik masuk dlm perut dia
Bila dengar najlaa cakap "mama sedap buat lg ek" 
Seb baik najlaa ckp sedap...
ingat lagi  masa aku cuba buat donut najlaa cakap x sedap
Darling lak makan 3 bijik muahahhaha maknanya sedap la kot

Bila dah berjaya ni mood meroti meluap-luap
Pasni harapnya roti-roti aku lebih cantik dan sedap la
Chaiyokkkkkkkkkkk

Bun Manis Buttescotch atau Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)
* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

14 Gtau jek:

CikguAreefNaim said...

salam,

kunjungan balas dr malaysia... seronok bila pndai msk sendiri... tk pyh beli kt kedai...

ADEEYA said...

Sedapnyaaa... Me dah la gila roti. Hehehe :D

Miss Amateur Cook said...

sedapnya! lapar trus tengok ni.
^_^

mamaarifakeemaisy said...

waah menarik..cam beli kt kedai..rajin aa.. ^_^

dieya said...

tuh dia.. mmg gebusss! balik msia buat ye, nnt dieya dtg visit.. mintak2 tak sesat.. hehehe

Lelord said...

@Areef Ibn Naim baru je mencuba ni..alhamdulillah menjadi

Lelord said...

@ADEEYA jom buat sendiri...mari menguli

Lelord said...

@Miss Amateur Cook hehehehe sedap

Lelord said...

@mamalieyna kalau kat mesia mmg kompom lela beli je..kat sini xde roti2 camni...roti potong cam gardenia jek yg ada

Lelord said...

@dieya ahahhahha dieya akak balik mesia mmg gantung periuk, kita g makan kat umah kak lieya aja la nak

Unknown said...

aqku tumpang bangga weh....serius nih!! bukan senang tau nak buat roti cara manual...klu guna BM tu mmg senang ler... aku penah buat sekali jer roti yg pintal2 kat sosaj tu pastu malas nak buat smpi tepung pun xpired n buang gitu jer....

bila tgk ko buat ni rasa t'ingin nak buat tp en.M masih menguasai diri huhuuuu...kene tunggu en.R dtg ler nampaknya.... :D

Lelord said...

@Mamamya kahkahkahkah ni aku buat dengan bantuan BM la weiii...xde maknanya aku nak menguli pasal penah cuba dulu tp x jadi

eija_sweetmama said...

bestnya pandai wat sendiri roti..
eija xde la nk buat sndiri roti..beli kat kedai jerk..

Lelord said...

@Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY hehehhe kalau lela kat mesia pun lom tentu buat..beli je senang pasal sedia ada

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in