Heheheheh nak share gak ngan korang2 sekalian
Ni aku ade dapat email
Meh la baca...
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
sumber : ILUVISLAM.com
31 Gtau jek:
bagus entri ni kak..laki nak perempuan itu ini sifat2 nya..tapi mereka tak sedar mereka banyak kekurangan...memang lah pasangan ni untuk melengkapkan pasangan kite..tapi bab imam tak kan perempuan nak lengkapkan kot...
wahai lelaki tepuk dada tanya iman...masak boleh belajar dan senang jerk..tapi imam ni kalu tak da ilmu susah dan bile dah ada kena practice kan secara istiqamah
ehhh tak salah... tak salah...
*pasal dieya pun tatau masak gak hehehe!*
bagus entri ni.. tulah kelemahan wanita je nampakkan..
superp la entry ni... kisah ni btl-btl sama dgn kita. tak salah sekiranya perempuan tak pandai memasak.
x slh tp boleh blajar kan?... hik3
tu la kesilapan pihak lelaki, kelemahan pihak wanita tak pandai masak dia pandang, tp kelemahan diri dia sendiri pura2 tak nampak dan bagi seribu macam alasan..
mmg x salah pun kalo perempuan x pandai masak..kalo pndai masak itu satu kelebihan bg perempuan tu..yg penting suami isteri perlu saling faham memahami & bantu membantu..
kalau wanita ada je yg tak kena...lelaki kalau tak pandai itu ini tk pe pulak...semua blh aje...huhuhu
masak ek.... bole la masak utk santapan suami...
xde salahnye..sebab aku pon xreti maska juga kekeke
tp klw xreti belaja la kan..sampai bila asik xreti....
heeeeeeeeee..stojoo... saya link kan page ni ngan blog saye ek.
mantap sekali entry ni. ni yang rasa nak share kat facebook ni.
masa belajar dulu, saya memang masak sendiri,ye lah, makanan halal kat restoran mane nak ade. jadi saya tak kesah sangat nak kene masak pon. dah jadi passion (chewahh!) tapi sejak dok kat rumah ni, tak pernah masak lagi. haha
tapi laki yang baca al fatihah pon salah, demand lebih2, demand la balik si perempuan. kate ketua keluarga, kena la selalu menerima teguran membina. hehehe..
@Nur Hawa Mohd Zin hehehehe btulkan..akak penah gak baca pasal bercerai-berai kunun pasal bini x pandai masak...tp yg laki tu ko bg la peluang tuk bini blaja. ilmu dan iman didada laki pun x kuat mana. kalau kuat iman tu xkan pasal bini x pandai masak pun kena cerai adoiiii
xtau masak bleh beli, bleh makan luar..kenyang gak perut..
x tau imam?????dosa bawak mati beb..
hehehe...tapikan mustahil ler perempuan langsung x pandai masak, cuma mungkin dia x pandai masak mengikut citarasa suami dia..
goreng telur n masak nasi or megi memasak aper...
asalkan panas atas dapur tu masak ler..hehe
@dieya hehhehe xpe x panai kite leh blaja kan..kan..
@rATu kEBaYA yezza btul..salah dorang ade dorang nmpak
@cha heheh macehhh sharing is caring... nipun dapat thru email
@mamaaerish@eb btul2 kite leh blaja trial n error
@sweetsalhmmm pijak semut pun x mati hehhehe
@EiJa ZaQuaN btul..alhamdulillah nasib la darling memahami bini dia x berapa pandai nak masak. tp lela masih lg cuba gak nak wat macam2 hahahah tekak naga ni
@SYaMiLa hahahha yg dorang dok sibuk 'aku kan ketua kuarga"
@Ema ok la tu kan
@Nana aku setuju ngan ko nana
@makbedhehhehe sila2
@Danial Ikhwan Jaafar xpe kan dari x pandai tu yg jadi pandai...hahahha seb bek x jadi chef.
btul kan ade gak laki yg salah baca al-fatihah..camne nak jd imam
heheh... Cute Mum pon xpandai masak... 10 tahun dok makan kat asrama.. bile cuti nak makan masakan mak.. dah kawin nielah baru2 belajar.. nasiblah Daddy tue xcerewet makan.. skrg tgh usaha lagi belajar masak.. hati Daddy kene jaga gak..
itulah, kalau tak reti masak, ckp tak pandai jaga laki, tapi kalau tak pandai jadi imam dlm hati ade jugak nk berbini lagi..hehe
sebagai lelaki saya setuju dengan artikel ni, sangat-sangat setuju. salah satu kunci utama rumahtangga bukannya sedap tak sedap isteri masak (walaupun itu satu advantage), tetapi samada keluarga tersebut solat berjemaah atau tak, kat sini kepentingan suami mengimamkan keluarganya. Wanita boleh memasak tu tak wajib, tetapi lelaki membimbing rumahtangga tu wajib.
@Cute MuM hehheheh same2 la kite blajo
@Adyshariz hahahaha tu ade lagi yg siap nak tambah bini
@Gen Fujita akak setuju....
Post a Comment