Showing posts with label Rahsia Wanita. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Wanita. Show all posts

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan

Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan

Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta

Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil

Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh

Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Kekalkan Keharuman Tubuh

Kenapa jika anda membeli haruman, ia disertakan sekali dengan losyen dan mandian? Sebenarnya ia bertujuan untuk mengekal dan membangkitkan lagi minyak wangi yang anda beli. Selepas mandi, sapukan losyen tersebut pada tubuh serta merta. Kemudian, barulah anda menyemburkan pewangi. Dengan ini, haruman yang disembur akan kekal lebih lama.



Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Tampil Menggoda Di Mata Suami

Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.

Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.

Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.

Sumber


Cantik Wanita Di Mata Lelaki

Setiap wanita pasti nya inginkan penampilan menarik dari hujung rambut ke hujung kaki. Malah ada yang sanggup berhabis semata-mata mahukan bentuk kuku nampa k menarik dan bersinar. Semuanya demi kepuasan diri.

Namun ada juga wanita yang mahu kelihatan cantik demi lelaki yang menjadi pasangan hidup mereka. Tubuh yang gemuk dilangsingkan, wajah yang tembam sanggup ditiruskan malah mekap juga ditebalkan untuk kelihatan mampan di mata suami tersayang. Tapi adakah itu kecantikan yang dilihat oleh lelaki? Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang definisi kecantikan lelaki buat wanita. Panduan di bawah boleh dijadikan panduan buat kaum hawa.

Dari mata turun ke hati
Cinta yang lahir dari mata turun ke hati, begitu jugalah dengan pandangan hampir setengah lelaki yang mengakui penampilan seseorang wanita yang paling utama adalah matanya. Kemudian barulah pada bahagian bibir. Lelaki kebanyakannya menyukai mata berbingkai hitam. Namun sebahagian besar wanita lebih suka bermain dengan warna-warna cerah untuk pembayang mata. Pilihan pembayang mata dan juga penggaris mata jenis gelap akan membuatkan mata terlihat lebih besar. Sekali gus ia ditujukan kepada pandangan mata lelaki.

Satu fakta menarik adalah wanita secara keseluruhannya menggunakan kedua bahagian otak untuk melihat kecantikan. Sedangkan lelaki hanya menggunakan otak sebelah kanan.

Inilah yang menyebabkan wanita memberi tumpuan lebih walaupun pada benda-benda yang remeh atau kecil termasuklah sedikit lorekan yang tersasar di wajah. Manakala lelaki berbeza kerana mereka memandang kesan yang dihasilkan secara keseluruhan. Justeru, untuk kaum wanita sekalian, anda tidak perlu rasa tertekan seandainya, solekan anda ada yang ‘terkurang’ atau kerana ‘kecacatan’ kecil tersebut jarang disedari oleh lelaki.

Pipi merah jambu
Aliran darah ke wajah membuatkan anda kelihatan menarik pada pandangan lelaki. Kerana itulah, sejak dulu lagi, wanita yang memiliki pipi merah jambu dikatakan sihat dan tidak sakit.

Bagi mendapatkan kesan pipi yang segar, rajin-rajinlah turun padang untuk berolahraga.Selain itu, anda juga boleh menambah sedikit krim pemerah pipi yang akan bergabung dengan warna kulit. Pasti ia sedikit sebanyak menaikkan warna pipi anda sekali gus membuatkan penampilan anda cukup segar dan ceria.

Warna gincu lembut
Wanita sememangnya amat suka bereksperimen dengan warna lipstik. Mereka berasa bosan jika asyik menggunakan warna asas yang sama setiap masa. Pun begitu, berbeza dengan lelaki yang tidak gemar sekiranya wanita menggunakan warna-warna lipstik yang terlalu menonjol atau terlalu mengilap.

Justeru, sebagai panduan apa kata anda cuba lipstik berona lembut. Satu sapuan sahaja mungkin akan menonjolkan warna semula jadi bibir sekali gus menampilkan bibir yang seksi di mata lelaki.

Cantik di hati : Berfikirlah sebelum berkata-kata. Dari kata- kata kita dapat mendapat banyak kawan- kawan dan lawan.

sumber

Isteri Lebih Tua Punya Kelebihan

Ramai yang memandang semacam bila seorang wanita bersuamikan lelaki muda. Pelbagai tanggapan termasuklah si lelaki diguna-gunakan, tak kurang juga berkata si suami hanya berkehendakan harta. Tanggapan serong ini mungkin lebih hebat lagi jika masyarakat melihat beza usia si antara keduanya agak jauh misalnya lebih 10 tahun.

Keputusan mengahwini wanita yang lebih berusia sering kali dilihat seperti ‘udang di sebalik batu.’ Begitu ramai gadis di luar sana tapi mengapa wanita berusia jadi pilihan hati. Bukankah pilihan wanita muda lebih berbaloi, cantik dipandang dan sedap pula bila dalam pelukan.

Tapi jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda saja kerana wanita berusia juga tidak kurang hebatnya. Dalam urusan seks, punya isteri yang lebih berusia ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Tak percaya, semak perkara di bawah ini.

1. Lebih menikmati seks
Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

2. Lebih bijak dan positif
Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

3. Lebih menghargai cinta
Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.

Mereka juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.

4. Punya pengalaman luas
Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.


sumber

8 Situasi Buat Wanita Terangsang



Perhatikan 8 situasi yang membuatkan isteri teruja untuk melakukan seks dan pergunakannya sebaik mungkin.

1. SELEPAS BERTENGKAR
Bertegang leher dengan pasangan memang membuatkan darah naik dan degup jantung makin pantas.Tapi selepas semua konflik terungkap dan masalah diselesaikan tiada yang lebih baik selain meredakan amarah dengan merangkul pasangan dan menciuminya penuh ghairah. Ia memberikan satu kelegaan buat isteri selain merasakan satu ketenangan.

2. SUASANA BAHAGIA
Seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan atau kegembiraan yang berlebihan juga menghadirkan mood seks bagi isteri. Contohnya sewaktu suami mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat atau mendapat hadiah yang diinginkan dari suami maka isteri punya semangat positif yang berlebihan. Jadi kenapa tidak cuba menggunakan ghairah tersebut untuk bercinta.

3. STRES
Memang stres dianggap meningkatkan tekanan emosi sampai ke tahap ekstrem tapi pada sudut lain bagi wanita, ia mampu meningkatkan tahap libido mereka. Oleh itu saat melihat isteri sedang stres tiada salahnya anda cuba memberikan kehangatan untuk meredakan ketegangan yang dialaminya dan memanfaatkan tahap nafsunya yang sedang tinggi. Selain itu seks juga boleh meredakan sakit kepala akibat stres yang dialami.

4. CEMBURU
Sama seperti stres, cemburu turut mempunyai kesan pada sudut yang berbeza. Sebagai contoh melihat suami sedang berbicara mesra dengan wanita lain, isteri mungkin rasa cemburu. Di fikirannya, suami anda adalah miliknya sepenuhnya, bukan milik wanita lain. Melihat perkara ini juga akan menghadirkan rasa persaingan yang memerlukan isteri menunjukkan kelebihannya termasuklah dalam soal seks.

Oleh itu jika terasa hubungan seks makin hambar maka jika berani berikan sedikit cabaran pada isteri kemudian manfaatkan momen cemburuini dengan mengajaknya ke ranjang. Tapi awas, jangan praktikkan jika anda punya isteri yang cukup emosi dan punyai tahap cemburu yang melampau, bimbang ada akan menerimahukuman
yang sebaliknya.

5. WAKTU SUBUR
Wanita sangat mudah terangsang pada hari-hari suburnya yakni kira-kira dua minggu selepas hari haid terakhir. Inilah masa paling tepat untuk suami mengajak isteri untuk melakukan seks. Akan tetapi keadaan ini agak sukar dibaca jika isteri anda termasuk dalam kategori datang bulan tidak teratur.

6. SUASANA ROMANTIS
Makan malam berdua, menonton wayang tengah malam bersama, mengelus rambutnya saat sedang berehat sudah dianggap suasana romantis oleh isteri. Tentunya tidak sukar untuk melakukan perkara ini bukan! Jadi apa lagi praktikkan terus dan biarkan dia cair dalam pelukan anda.

7. BERJAUHAN DENGAN SUAMI
Tinggal berjauhan dengan suami mampu menyebabkan isteri berasa teruja untuk bersama suaminya, sama juga dengan lelaki. Perpisahan dengan pasangan walau sekadar beberapa hari akan membuatkan pasangan saling merindui. Ketika ini bertemu luapan cinta dan ghairah cinta yang dipendamakan meledak. Tidak mustahil suami akan merasai hubungan seks yang luar biasa selepas beberapa lama berpisah denganisteri.

8. KREATIF
Seorang isteri takkan mampu menolak ajakan seks jika suami seorang yang kreatif malah acara ini cukup ditunggu-tunggu kerana mahu melihat apa pula aksi terbaru yang hendak dipamerkan. Maka belajarlah tentang teknik-teknik seks yang berbeza untuk menyenangkan isteri selain menghindari isteri dari rasa bosan dengan seks.


Sumber: MW

Panduan Rumahtangga Bahagia (Mesti Baca)


Salam Semua...Aku nak share ape yg ade dalam email. Sharing Is Caring!


Saya tujukan artikel ini khusus buat para suami dan para isteri di luar sana. Baca, hayati, fahami dan amalkan lah apa yang tertulis dalam tulisan ini. Semoga kalian dan kita semua beroleh bahagia, dunia dan akhirat.

SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!

“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”


Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Selepas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.


Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya.


Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’


“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’


“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agamanya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)


Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.


Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.


Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.


Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.


Lunak Berbahasa
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?


Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)


Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isinya kebenaran dan kebaikan.


Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)


Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca kemarahan yang berjela-jela dan sukar diredakan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.


Tindakan suka melaknat dan tidak membesarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.


Selamatkan Isterimu
Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Selain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan memendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.


Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.


Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai kesusahan isterinya yang keletihan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuhnya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tempat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!


Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.


Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah,Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.


Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!


Akhirnya, mari kita hayati sajak ini…


Bila Isteri “Mengamuk”
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?
Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah
Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan


Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.
Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?


Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…


Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”
Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Sumber & Hasil tulisan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Rahsia Cemburu Wanita


Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.


Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.


Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.


Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.


Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?



Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

  • 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

  • 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

  • 3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri. Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

  • 4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

  • 5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.


Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Rahsia Gadis Kekal Ayu


Berikut ini disenaraikan 12 tips Rahsia Gadis Kekal Ayu sepanjang masa. Semoga dapat amal dan rasai manfaatnya insyaAllah.



1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty).
Dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.


2. Menjaga suara.
Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.


3. Menjaga cara berkata-kata.
Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.


4. Menjaga kulit.
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.


5. Menjaga muka.
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.


6. Menjaga rambut.
Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.


7. Menjaga cara berjalan.
Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.


8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.


9. Menjaga senyum.
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.


10. Menjaga mata.
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.


11. Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.


12. Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Sentiasa Positif.


Petua Jadi Wanita Sempurna


[Petua+jadi+wanita+sempurna.jpg]

HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?
Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.

Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:

# Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

# Berperwatakan menarik dan lemah lembut.

# Jujur dan sentiasa merendah diri.

# Lakukan apa yang dia suka.

# Pandai menarik minat lelaki.

# Jangan terlalu mengongkong.

# Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

# Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.

# Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.

# Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.

# Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.

# Jangan bersikap selalu jual mahal.

# Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

# Tidak mudah putus asa dan berdikari.

# Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.

# Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.

# Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

# Jadi pendengar setia bukan membangkang.

# Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

# Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

# Mengetahui tarikh lahirnya.

# Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.

# Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.

# Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.

# Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.

# Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.

# Jangan perasan anda jelita.

# Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.

# Bersikap keibuan.

# Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

# Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.

# Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

# Jangan bersikap terlalu kuno.

# Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

# Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in