SEBAYA, lebih muda atau lebih tua. Pokoknya, faktor usia antara perkara sering diperkatakan apabila mencari teman hidup. Bagaimanapun, sejauh manakah usia menjadi syarat utama yang dipertimbangkan di kalangan lelaki apabila mencari calon isteri?
Senario biasa dilihat kebanyakan jodoh pasangan yang mendirikan rumah tangga didapati usia suami lazimnya lebih tua daripada isteri. Pada masa sama, ada ramai juga pasangan suami isteri yang seusia bertemu jodoh mereka.
Justeru, apabila pasangan yang suaminya lebih tua daripada isteri atau masing-masing sama usia mendirikan rumah tangga, tentu kurang dijadikan ‘bahan cerita’ kecualilah kalau jarak usia si suami bagaikan langit dan bumi antara isterinya.
Bagaimanapun, jika usia isteri lebih tua daripada suami mungkin sesuatu ‘lebih seronok’ untuk ‘dijaja’ ke sana sini, khususnya dalam kelompok masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain. Bukan itu saja, sebelum sah menjadi suami isteri pastinya pasangan berkenaan banyak menerima tentangan dan menghadapi pelbagai rintangan. Apatah lagi, jika jarak usia isteri terlalu banyak daripada suami.
Namun, percayalah tinjauan rambang dibuat mendapati dalam memilih pasangan hidup kebanyakan lelaki sebenarnya tidak berapa kisah mengenai usia pasangannya. Malah, ramai lelaki juga yang tidak kisah jika bertemu jodoh dengan wanita sudah berusia atau jarak usia terlalu ketara.
Dalam erti kata lain, usia bukanlah faktor utama difikirkan lelaki apabila mencari pasangan hidup sebaliknya, keserasian dan ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain.
Malah, Rasulullah SAW sendiri mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, sedangkan isterinya, Khadijah berusia 40 tahun. Contoh itu sendiri membuktikan persefahaman paling penting dalam mengenal budi baik pasangan masing-masing. Rasulullah SAW juga ada menyebut: “Dinikahi wanita disebabkan empat perkara kecantikan, keturunan, hartanya dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya nescaya kamu bahagia.”
Walau apa pun pandangan dan pendapat diberi, semuanya adalah terpulang kepada pendirian individu dalam mencari pasangan hidup. Namun, kisah Rasulullah SAW sudah tentu boleh dijadikan teladan yang baik. Ini kerana baginda ketika hayatnya menunjukkan dengan jelas kebahagiaan sesuatu perkahwinan bukan bergantung kepada rupa, usia atau harta.
Ini berdasarkan satu hadis Rasulullah, pada suatu hari Aishah isteri baginda bertanya kepadanya, kata beliau: “Wahai Rasulullah, mengapakah engkau sentiasa saja menyebut nama Khadijah? Bukankah Khadijah itu hanya seorang nenek dan bukankah Allah gantikan dia dengan seorang yang lebih baik (maksud Aishah dirinya)?”
Jawab Rasulullah: “Tidak, bahkan tidak ada pengganti Khadijah. Dia beriman kepadaku pada saat orang lain ingkar terhadapku, dia menyintai aku di saat orang lain membenciku, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Allah tidak mengurniakan anak kepadaku dengan isteri lain selain Khadijah.”
Pengajaran daripada hadis di atas amat mendalam sekali. Rasa cinta, kasih dan sayang antara insan, bukanlah hanya boleh diukur dengan usia, kekayaan dan kecantikan wajah saja.
8 Gtau jek:
yg penting saling menyanyangi.. mempercayai.. setia...hihihi pjg lak
Betui tu cik lin. .ape yg penting kejeesame. .tp kan kat Nabi Muhammad s.a.w tu sebaik2 manusia. .manusia biasa tkde yg baik mcm beliau...
sekarang ni kak..tak kesah sapa-sapa pun..yang penting pengetahuan agama dan kemantangan...insyaAllah rumah tangga akan bahagia
sekarang ni ramai lelaki muda kawin wanita lebih tua..begitu juga sebaliknya. janji bahagia dan saling memahami.
ye la...sekarang dah jadi trend lelaki kawin perempuan lagi tua dr dia..tapi tul..yg penting kasih sayang, hormat menghormati & saling percaya each other...
penting sekali jujur, bertanggungjawab, saling mempercayai dan setia..
Hargai mereka kan?
Terima Kasih
New Entry ProfHariz
Semak Jantina PC Anda
yang paling penting,,,
i luv u
Post a Comment