Cara Memaniskan Limau Yang Masam


Limau kalau masam2 manis, masih enak dimakan. Tapi kalau dah masam sehingga berkerut kening menahan kemasaman, boleh tahan ker?

Semestinya kalau boleh kita nak makan hanya limau yang manis2 saja. Tapi dengan tengok kulit saja, bukan senang nak pastikan limau tu manis ke masam.


TAHUKAH ANDA apakah yang menyebabkan limau itu masam? Yaaa…limau masam adalah disebabkan acid berlebihan yang terkandung di dalam limau.

Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk mengurangkan keasidan limau, dan seterusnya mengurangkan kemasaman sesebiji limau itu.


Biar betul ko…ada ker cara nak memaniskan limau yang masam??

Ada…bak kata orang tua2…setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Limau yang masam juga, ada cara nak memaniskannya.


Bagaimana caranya? Ajarlah saya…


Baik, begini caranya.
1- Ambil air suam(kira2 40 darjah) dan letakkan dalam besen/bekas air
2- Ambil limau yang masam, masukkan dalam air suam tersebut
3- Biarkan sehingga 10 minit
4- Lepas 10 minit, keluarkan limau dari air suam.
5- Letak limau dalam peti ais kira-kira 1 jam untuk menyejukkannya.

Apabila limau dah cukup sejuk,cubalah makan. Pastinya limau tersebut akan jadi manis atau setidak-tidaknya ia tidak semasam sebelum direndam,


Perhatian
* suhu air jangan terlampau panas. Seelok2nya dalam 40 darjah celcius.
* Jangan rendam limau terlalu lama, nanti limau jadi lemau dan lembik.
* Untuk lebih sedap, selepas rendam limau dalam air suam, masukkan ia ke dalam peti ais kira2 sejam. Kemudian baru makan.


Sekian.



P/S : aku lom tau kesahihannya...ape kata kite sesama cuma. X salah mencubakan!

2 Gtau jek:

mummy_ayu said...

wah..1st time tau pasal petu nie..harus la try test cuba...

sweetie2010.blogspot said...

Salam Lela,

Sayang kalau limau yg dibeli masam. sapa pun tamo makan. Ok lain kali boleh cuba petua Lela ni.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in