Blueberry Cheese Tart

Dah lama nak buat cistat ni
Tapi memandangkan mood tak berapa nak ada
Kubiarkan sepi jek cream cheese dlm esbok
Resepi kali ni amik kat blog KakYus
Hmmm ni la ropa cistat ku
Dah cantik sket la lorekan tu
Iyer la ni 2nd time buatkan ada la improvement sket
Masa 1st time buat blueberry cistat ni rupa lorekan cam anak cicak
Tak caya meh tengok SINI

Cistat aku ni beso gabak, nak makan sebijik kena 3-4 kali ngap
Nanti balik Mesia nak beli acu tart yg kecit2
Nak makan sekali ngapp je huhuhu

Resepi Blueberry Cheese Tart
Cheese Tart
Sumber: Kak Azita Zain
Bahan-bahan Kulit Tart:
170gm margerin
50gm gula icing
1 biji telur (C)
1st esen vanilla
290gm tepung gandum

Cara-cara:
~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu, pukul sekejap sahaja.
~ Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
~Tekankan doh dalam acuan tart, cucuk permukaannya dengan garfu dan bakar 180 darjah C selama 25-30 minit.
~Keluarkan kulit tart dari acuan.

Bahan Inti:
Inti Strawberry secukupnya ...aku boh blueberry
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur (B)
1/2st esen vanilla

~ Putar cream cheese dan gula kastor sehingga gebu.
~ Masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi hingga sebati.
~ Masukkan inti strawberry dan inti cream cheese ke dalam piping bag yang berlainan.
~ Paipkan inti strawberry ke dalam kulit tart secukupnya dan kemudian paipkan pula cream cheese sehingga memenuhi sisi kulit tart.
~ Paipkan lagi inti strawberry di atas cream cheese membentuk corak sole-sole seperti dalam gambar. (ingat... jangan derhaka.. wajib buat corak sole-sole... hehehe)
~ Bakar 10 minit lagi atau sehingga cream cheese tidak melekat bila disentuh sedikit dengan hujung jari. (Testing jer.. jangan sentuh semua... hahaha). tapi biasanya 10 minit tu memang dah tak melekat.

6 Gtau jek:

uncle gedek said...

esbok...

hehe

Fara said...

nk try..tp inti strawbery tu mmg khas utk buat kuih ke pakai biasa je..lg satu putar pakai senduk kayu je..klu pakai mixer blh x??hiii..thaks kongsi resepi...

Fara said...

biasa tu maknanya jem biasa je..lupa taip ayat jem..

Lelord said...

@gedek! huhuhu esbok..peti'es pun bulih

Lelord said...

@Fara resepi dr yg terer2 ni guna senduk kayu, sy pun follow je, cuma cheese tu jek sy guna mixer.

sy boh inti blueberry..mmg ada jual filling stoberi, blueberry. tp rasanya guna jem biasa utk roti pun boleh

~Beb~ said...

SODAP nampak eh! Yummeh~

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in